Isu Semasa

Yuran Hostel Uitm Dinaikkan

Berdasarkan memo bertarikh 21 Mac 2019 yang berlegar di media sosial, pelaksanaan yuran ini akan berkuat kuasa pada September 2019.

Antara kadar yang dikenakan adalah RM420 seorang bagi bilik berdua, RM315 seorang bagi bilik bertiga dan RM200 seorang bagi bilik berempat.

Bagaimanapun yuran itu dikecualikan terhadap beberapa golongan pelajar termasuk mereka yang berasal dari keluarga berpendapatan RM2,500 sebulan. Sebelum ini pelajar Uitm hanya dikenakan caj utiliti sebanyak RM20 setiap semester.

Apakah punca kenaikan ini?

Menurut Naib Canselornya, Prof Emeritus Ir Dr Mohd Azraai Kassim, perbincangan mengenai caj ini telah dibincangkan semenjak 2014 dan mengambil keputusan untuk melaksakannya mulai September ini.

Tambahnya lagi universiti memerlukan peruntukan bagi menambah baik fasiliti di semua 35 kampus Uitm di seluruh negara.

Selain itu, menurutnya kenaikan yuran hostel ini juga berpunca daripada potongan bantuan daripada kerajaan bernilai RM500 juta pada 2017.

Cumanya agak peliklah mengapa baru hari ini ianya dinaikkan sedangkan bajet tersebut telah pun dikurang lebih 2 tahun lalu. Mengapa tiada sebarang kenaikan pada tahun 2018 dan 2017?

Menurut bekas perdana menteri, Najib Razak, kerajaan terdahulu membuat belanjawan menggunakan konsep outcome-based budgeting. Peruntukan yang diberi adalah berdasarkan outcome, berapa ramai penerima manfaat, kebolehlaksanaan, rekod dan prestasi.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker