Isu Semasa

Yang Memanipulasi Perakaunan Kreatif Itu Bukan Dari PH – Mujahid

“Saya ingin menyebut di sini bahawa yang memanipulasi dan segala perakaunan kreatif itu bukan dari kami (kerajaan Pakatan Harapan) tetapi disebabkan mereka (kerajaan terdahulu yang kini menjadi pembangkang). Kami terpaksa buat (pelan baik pulih) semua ini,” Ujar Mujahid Rawa di Sidang Parlimen pagi tadi.

Siapakah sebenarnya yang memanipulasi akaun?

1. Ya, pengurusan baru TH yang memilih untuk menukarkan atau memindahkan aset-aset negatif kepada SPV MOF secara off-balance sheet dan diganti dengan Sukuk dan RCPS-I untuk mengimbangi penyata akaun TH, supaya TH boleh bayar hibah itu bukan ‘Creative accounting‘.

2. Ya, pengurusan baru TH yang melakukan transaksi tersebut tanpa melibatkan tunai dan hanyalah melakukan transaksi penukaran aset, malah keuntungan daripada pemindahan sukuk dan RCPS-I pun hanya di atas kertas, dan book value tersebut hanyalah book value yang diterjemahkan di dalam RCPS-I dan sukuk zero coupon bond yang tidak di jamin pun oleh kerajaan, itu juga bukan ‘Creative accounting’.

3. Ya, pengurusan baru TH yang melakukan pemindahan aset-aset negatif kepada SPV sebelum terbitan sukuk-sukuk dan RCPS-I itu yang hanya dilakukan pada hujung May 2019, supaya keuntungan pindahan dapat dicatatkan pada hujung tahun 2018 dan dapatlah diterjemahkan kepada hibah pendeposit TH pada Disember 2018 itu juga sudah tentu bukan ‘Creative accounting‘.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker