Komentar

Warga FELDA, Berwaspada

Hari ini tanggal 29hb May, Malaysia mencatatkan kematian seramai 7 orang akibat Covid-19, iaitu angka kematian tertinggi setakat ini. Ini menjadikan kematian setakat ini seramai 35 orang. Manakala seramai 700,000 orang telah dihinggapi virus ini diseluruh dunia dengan kematian sebanyak 33,000 orang.

Apa yang membimbangkan, virus ini juga telah mula merebak ke beberapa rancangan Felda dimana setakat ini 29 orang Peneroka telah dijangkiti Covid-19. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa negara kita masih belum berada dipuncak pandemic ini dan menjangkakan puncak pandemic ini akan berlaku pada pertengahan April ini.

Sementara ada juga maklumat dari negara luar negara yang meramalkan puncak pandemic dunia akan berlaku antara bulan April hingga Jun atau mungkin lebih lama lagi.

Nauzubillahiminzalik.

Bagi membendung gejala virus Covid-19 ini dari terus merebak, Kerajaan telah melaksanakan beberapa initiatif termasuklah apa yang dilaksanakan sekarang iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Diperketat (PKPD).

Kerajaan juga telah memulakan saringan dari rumah ke rumah bagi Kawasan merah (red zone). Ahli-ahli perubatan juga sependapat bahawa menjaga kebersihan diri dan mengawal pergerakan merupakan cara yang paling berkesan bagi membendung rantaian virus ini dari terus merebak.

Mudah-mudahan vaksin untuk melawan serta memulihkan mereka yang dihinggapi penyakit ini akan ditemui segera.

Pada 1300 tahun yang lalu, Nabi Muhammad saw pernah bersabda dengan meminta umatnya untuk menjaga kebersihan dan mengurung diri apabila berlaku wabak penyakit.

Sabda Nabi yang bermaksud ‘sekiranya kamu mengetahui ada wabak penyakit berada di dalam sesuatu kawasan itu, jangan memasuki kawasan itu; dan jika kamu sudah berada di dalam kawasan itu, maka janganlah kamu pula keluar dari kawasan itu.

Baginda juga bersabda yang bermaksud ‘mereka yang mempunyai penyakit yang berjangkit, hendaklah menjauhkan diri dari mereka yang sihat’.

Nabi Muhammad saw sangat menitik beratkan soal kesihatan dimana baginda bersabda yang bermaksud ‘ basuhlah tangan mu apabila bangun dari tidur, kerana kamu tidak tahu dimana tangan kamu berada semasa tidur’.

Nabi Muhammad saw juga menyarankan supaya kita membasuh tangan sebelum dan selepas kita menikmati makanan. Sekiranya kita jatuh sakit, Nabi Muhammad saw menyeru umatnya untuk memperolehi rawatan perubatan and mencari ubat apabila jatuh sakit.

Baginda bersabda ‘ gunakanlah rawatan perubatan’ ..’ Allah tidak mencipta sebarang penyakit tanpa ada ubat untuknya, kecuali satu penyakit iaitu umur tua’.

Ini jelas menunjukkan bahawa Baginda Rasul mengetahui perihal pentingnya kita hidup seimbang diantara takdir dan kesan keatas tindakan kita. Dari berita yang kita baca dan dengar, masih ramai antara masyarakat kita yang masih ingkar dengan PKP atau PKPD yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan.

Masih ramai diantara kita yang tidak menjaga jarak (social distancing) seperti yang disarankan oleh pakar-pakar kesihatan. Masih ramai anak-anak dan cucu-cucu kita di rancangan-rancangan Felda masih berkumpul berbual-bual ditepi jalan tanpa mengira kesan diatas tindakan mereka.

Marilah kita mematuhi dan mempastikan PKP dilaksanakan dirancangan-rancangan kita. Buat masa ini marilah kita menghabiskan masa dirumah kita sahaja dan sentiasa mengutamakan kebersihan diri dan keluarga.

Banyak perkara yang berfaedah yang boleh kita buat bersama-sama keluarga serta meningkatkan amal jariah kita sepanjang tempoh berada didalam rumah kita ini. Bagi keluarga dan anak cucu yang selalunya balik ke rumah ibu bapa, eloklah kita tangguhkan buat sementara waktu. Kebanyakan ibu bapa kita merupakan warga tua yang lebih mudah mendapat kesan tahap bahaya apabila dijangkiti virus ini.

Nabi Muhammad saw menyeru umahnya untuk sentiasa mendapat petunjuk dari Allah swt tetapi dalam masa yang sama menyeru kita supaya menggambil langkah-langkah perlindungan untuk kesetabilan, keselamatan dan kesejahteraan kita semua.

Peringatan

  • Patuhi PKP dan duduk di rumah
  • Lapurkan segera mereka yang demam, batuk dan selsema.
  • Lindungi warga tua. Jangan bersalaman apabila berjumpa.
  • Nasihatkan anak cucu jangan pulang ke kampung, mungkin termasuk Ramadan dan Raya
  • Solat di rumah
  • Apabila pulang dari kedai, terus mandi dan basuh baju yang dipakai. Cuci tangan dan semua permukaan.

Datuk Zakaria Arshad
Ahli Lembaga KPF

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker