Politik dan Polisi

Waktu Menunggu Grab Semakin Panjang

Pada 19 April lalu, satu undang-undang baru telah dikenakan kepada pemandu-pemandu E-hailing dimana mereka diwajibkan mengambil  lesen Public Service Vehicle (PSV). Lesen ini menelan kos RM200 ketika pendaftaran diikuti dengan kelas 6 jam, pemeriksaan kesihatan dan kenderaan serta ujian.

Semenjak itu Grab berusaha keras bagi memastikan 200,000 pemandunya mendapatkan lesen PSV ini sebelum ia berkuat kuasa pada 12 Julai. Namun dalam kenyataan terbarunya, Grab memberikan nasihat kepada pengguna supaya bersedia lebih awal kerana kemungkinan jumlah pemandu akan berkurang.

“Tempah lebih awal daripada biasa. Tempah perjalanan anda lebih awal dan bersedialah apabila pemandu tiba, terutamanya jika anda mempunyai penerbangan atau perlu menghadiri mesyuarat penting.

“Naik ketika waktu luar puncak. Penempahan perjalanan jauh lebih mudah di luar waktu puncak dari jam 7 pagi hingga 9 pagi dan 5 petang hingga 8 malam, ” – Kenyataan Grab

Secara purata, Grab menerima sekitar 1 juta tempahan setiap hari dan pelanggan akan mendapat pemandu dalam tempoh masa 6 minit. Tetapi semua ini akan berubah.

Daripada 200,000 pemandu berdaftar, 3/4 daripadanya adalah dalam kalangan pemandu separuh masa. Berapa ramaikan pemandu separuh yang mampu mengeluarkan modal bagi memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan.

Dijangkakan 20 – 50% bersamaan 40,000 – 100,000 pemandu E Hailing akan berhenti kerana dasar ini. Data ini diberikan oleh Presiden Persatuan Pemandu GRAB Malaysia, Arif Asyraf.

Mampu lagikah Grab menampung tempahan 1 juta sehari jika jumlah pemandunya berkurang hampir separuh?

Mengikut law of supply and demand, apabila permintaan melebihi bekalan, harga barangan atau perkhidmatan akan meningkat. Adakah harga tambang akan kekal lama jika hampir separuh pemandu berhenti?

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker