Berita
Trending

Wahed Invest Dilancarkan di Malaysia

Perkhidmatan pengurusan pelaburan digital Wahed membolehkan pelabur akses kepada portfolio patuh Syariah yang telus

KUALA LUMPUR, Malaysia, 30 Oktober 2019 — Wahed Invest mengumumkan pelancaran platform pelaburan digital Islam pertama di Malaysia. Perkhidmatan pengurusan pelaburan digital Wahed membolehkan pelabur akses kepada portfolio patuh Syariah yang telus, saksama dan bertujuan untuk memperkasakan rakyat Malaysia pada umumnya untuk menjaga kesejahteraan kewangan mereka.

Pertama kali dilancarkan pada 2017, Wahed Invest berpangkalan di AS, berkembang ke pasaran UK pada 2018 dan merancang untuk melancarkan perkhidmatan pengurusan pelaburan digitalnya merentas rantau Asia Tenggara dari pangkalan serantaunya di Malaysia. Beroperasi di lebih daripada 130 buah negara, Wahed ditubuhkan untuk memenuhi keperluan pelabur yang bijak kewangan serta mereka yang mempunyai pengetahuan yang sedikit mengenai kewangan, menerusi pelbagai pelaburan yang dapat diakses. Di tambah pula dengan pelaburan awal rendah sebanyak RM 100, bersama yuran yang rendah, dan tiada tempoh terkunci, Wahed berharap untuk mengatasi halangan yang terpadat pada pengurusan pelaburan dan portfolio kewangan yang lazimnya dikhaskan untuk pelabur bernilai tinggi.

“Kewangan Islam adalah salah satu sektor yang paling pesat berkembang di dunia, dan Wahed telah membolehkan masyarakat Muslim global untuk mengambil bahagian dalam pasaran kewangan global dengan membuat pelaburan yang mudah diakses dan juga patuh etika. Sebagai salah satu pasaran modal Islam yang paling maju, Malaysia berada pada kedudukan yang unik bagi memenuhi keperluan pelabur Asia Tenggara yang semakin canggih dan mempunyai keperluan yang mendesak, dan membantu mewujudkan peluang dalam kewangan Islam. Dengan menyediakan cara pelaburan yang baru dan bijak yang patuh syariah, pelabur kami mempunyai akses kepada pengurus pelaburan digital yang mempunyai yuran yang rendah, serta jumlah minima akaun yang lebih rendah,” kata Junaid Wahedna, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Wahed Inc.

Walaupun Laporan Bank Dunia menyatakan bahawa Malaysia telah mencapai salah satu tahap tertinggi dalam kemasukan kewangan di kalangan negara-negara Asia Tenggara, rakyat Malaysia masih tertinggal dalam hal celik kewangan dan pengetahuan kewangan. Satu kaji selidik yang dijalankan baru-baru ini oleh Agensi Pengurusan Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melaporkan bahawa satu daripada tiga rakyat Malaysia tidak selesa dengan pengetahuan kewangan mereka, manakala separuh daripada penduduk (52%) mengatakan mereka menghadapi kesukaran menyimpan sehingga RM1,000 untuk waktu kecemasan. Lebih separuh rakyat Malaysia (53%) percaya bahawa pengurusan kekayaan adalah kunci untuk mencapai mobiliti sosial. Walau bagaimanapun, kebanyakan rakyat Malaysia merasa pengetahuan kewangan mereka yang tidak mencukupi telah menghalang mereka dari pengurusan kekayaan yang cekap.

Ketika demostrasi platform Wahed pada majlis pelancaran, Syakir Hashim, Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Asia Pasifik, Wahed Inc berkongsi, “Di tengah-tengah hala tuju Malaysia ke arah kemakmuran bersama melalui ekonomi yang lebih inklusif yang berakar umbikan teknologi dan inovasi, kami di Wahed terus memperkasakan rakyat Malaysia dengan akses yang lebih baik untuk masa depan kewangan yang selamat. Kami mengiktiraf Malaysia sebagai salah satu pasaran utama kami dan negara yang berada di landasan untuk menjadi pemimpin dalam Ekonomi Digital Islam yang disokong oleh ekosistem yang berkembang pesat. Malaysia akan memainkan peranan utama dalam memacu pertumbuhan kami di Asia Pasifik sebagai Hab Serantau untuk operasi kami. Setiap orang mempunyai matlamat dan aspirasi kewangan yang berbeza, tetapi untuk pelabur yang tidak berpengalaman atau pelabur kali pertama, kekurangan pendidikan serta peluang kewangan yang sesuai, ditambah pula dengan ketakutan dan kadang-kadang kesukaran untuk memahami istilah kewangan sudah cukup untuk menghalang dan menegah mereka bagi melabur dan mengambil alih kesejahteraan kewangan mereka.”

“Kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa satu daripada setiap lima rakyat Malaysia tidak berjaya menyimpan wang dalam tempoh enam bulan[1]. Melalui Wahed, kami menggalakkan pelabur-pelabur kami untuk menjaga kesejahteraan kewangan mereka dengan menyediakan alat pelaburan yang lebih bijak selaras dengan kepercayaan mereka. Kami berhasrat untuk memastikan semua umat Islam mempunyai akses kepada portfolio pelaburan patuh Syariah yang cekap, tanpa mengira status ekonomi atau lokasi geografi mereka,” kata Syakir Hashim.

Pilihan peruntukan portfolio semasa Wahed terdiri daripada pelaburan saham ke AS, saham Malaysia, sukuk (bon Islam) dan emas. Untuk memastikan semua pulangan adalah halal, Wahed mempunyai Lembaga Penasihat Syariah sepenuh masa, yang menjalankan proses saringan yang ketat dan menghasilkan laporan penyucian tahunan (Zakat). Hasilnya, pelabur Islam dan bukan Islam kini mampu melabur tanpa rasa bimbang ke dalam portfolio secara beretika.

Anak-anak syarikat Wahed Inc dikawal selia oleh beberapa badan yang paling dihormati di dunia termasuk Suruhanjaya Bursa Sekuriti (SEC) di Amerika Syarikat, Pihak Berkuasa Pelakuan Kewangan (FCA) di UK, Pihak Berkuasa Pasaran Modal Arab Saudi (CMA) dan Bank Negara Bahrain (CBB).

Setelah mendaftar, pengguna boleh membuka akaun pelaburan dengan selamat dalam masa beberapa minit. Wahed secara automatik akan mencadangkan portfolio untuk setiap pengguna berdasarkan bagaimana mereka menjawab soalan-soalan mengenai diri mereka sendiri; dengan mengambil kira keadaan kewangan individu, sikap terhadap risiko, matlamat pelaburan dan kriteria lain. Model portfolio dikawal selia oleh pengurusan dana profesional Wahed. Pengguna boleh mula melabur dengan serendah RM100 dan hanya membayar sebahagian kecil daripada yuran pengurusan tradisional. Wahed memastikan bahawa pelabur sentiasa mempunyai portfolio pelbagai, tanpa mengira saiz akaun mereka, justeru itu membolehkan pelaburan yang efisien untuk pelabur dari semua lapisan masyarakat.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker