Teknologi

Update Terbaru Instagram: Tiada Lagi Paparan Likers!

Apa yang berlaku jika penghargaan atau kegagalan anda menjadi perhatian umum?

Anda mungkin mula melakukan perkara-perkara yang berharga tanpa rasa takut dihakimi oleh sesiapa sahaja tetapi dengan tiada rasa bersalah, terutama kepada orang yang anda sendiri harus bertanggungjawab seperti tindakan memalukan orang lain.

Jika pendapat saya tidak masuk akal. Fikirkannya dari sudut logik.

Teknologi telah berjaya meletakkan otak manusia pada amaran tinggi yang sentiasa berterusan kerana teknologi berjaya melatih otak untuk sentiasa menunggu peringatan seterusnya.

Dopamine adalah bahan kimia pada otak yang membuat kita rasa bahagia, dan ia dilepaskan setiap kali kita menerima sesuatu (seperti hantaran atau peringatan) pada telefon kita.

“Dilaporkan ada sesetengah pengguna mengalami anxiety dan kemurungan yang disebabkan oleh INSTAGRAM. Dan jika terdapat keterlibatan (engagement) yang teruk, ada sesetengah diantara mereka akan membawa turun atau memadam hantaran yang telah dipaparkan…”

Tumpuan media sosial kini sepatutnya beralih kepada kualiti kandungan berbanding jumlah likes apabila hantaran dipaparkan.

Ada sesetengah pengguna mengalamai gejala withdrawal atau penarikan diri selepas ciri ini disiarkan dalam kemaskini INSTAGRAM yang terbaru, dan ada sesetengah pengguna mersakan mereka telah Zoned Out oleh INSTAGRAM.

“Kami mahu orang ramai kurang berminat dengan seberapa banyak like yang ada dalam satu-satu hantaran (post), dan memberi lebih tumpuan kepada berhubung dengan orang lain.”

Zuckerberg

Kenyataan ini dibuat oleh Zuckerberg dengan jelas memberitahu kita bahawa media sosial memerlukan penawar dan mereka sendiri telah menyuntiknya dengan kesakitan minimum pada pengguna mereka!

Populariti kehilangan daya tarikannya sebagai matawang dalam dunia digital. Pencipta kandungan akan merasa bebas untuk mewujudkan apa sahaja yang mereka mahu dan mereka tidak perlu menyemak pengesahan kandungan.

Tidakkah anda fikir satu-satu kandungan boleh menjadi lebih cenderung untuk tidak relevan dalam beberapa ketika?

Jawapannya adalah ya dan tidak.

Satu-satu kandungan yang dipaparkan boleh menjadi tidak relevan jika sentiasa disiarkan dengan kempen parti politik meletakkan janji palsu manifesto mereka dengan menggunakan platform INSTAGRAM, dengan menggunakan kaedah lakonan tidak masuk akal.

Dan begitu juga dengan video viral yang agak ‘bodoh’ dipaparkan oleh instafamous dalam memasarkan produk dan perkhidmatan.

Pada 8 Julai 2019, INSTAGRAM telah mengumumkan rancangan untuk melancarkan ciri terbaru yang dipanggil ANRI-BULI. Dalam catatan blog baru-baru ini, dan seperti yang dilaporkan oleh BBC, ketua INSTAGRAM yang baru En. Adam Mosseri berkata, “Kita boleh berbuat lebih banyak untuk mengelakkan buli daripada berlaku di INSTAGRAM, dan kita boleh berbuat lebih banyak untuk memperkasakan sasaran pembuli untuk berdiri sendiri. “

Tidak ada apa yang boleh berdebat dengan kenyataan itu, tetapi saya mempunyai kebimbangan.

Tindakan ANTI-BULI ini telah lama berlarutan. Rangkaian media sosial telah menghadapi kritikan terhadap dasar pembuliannya selama bertahun-tahun lamanya.

Dan pengumuman itu berlaku menerusi tekanan untuk menangani isu buli selepas remaja Britain, apabila cik adik Molly Russell didapati telah bunuh diri selepas menggunakan platform INSTAGRAM untuk menyiarkan hasratnya untuk berbuat demikian.

Adakah INSTAGRAM mencadangkan ciri anti-buli ini terlalu lewat?

Atau usaha yang dijalankan terlalu sikit?

Atau ianya merupakan satu taktik sinis untuk mengimbangi kritikan bahawa mereka tidak bertindak pada waktunya?

Apa yang dilakukan kepada perniagaan influencer?

Apabila anda benar-benar suka satu hantaran (post), saya fikir anda akan meluangkan masa untuk menulis komen. Bukankah itu menunjukkan bahwa kandungan yang dipaparkan adalah berkualiti, berbanding dengan menatal (scroll) tanpa henti dan mengetik (dua kali) setiap foto?

Saya rasa, bagi pereka kandungan – itulah yang mereka cuba capai. Hubungan sebenar dengan pengikut. Lebih banyak komen lagi bagus kandungan itu.

“Perniagaan di INSTAGRAM perlu lebih kreatif dalam menganalisis data dan mendapatkan objektif yang lebih spesifik mengenai kandungan yang memacu perniagaan dan menyokong matlamat perniagaan anda,”

jelas Mel Brittner

Jenama perlu beralih kepada metrik yang bermakna untuk diukur sebagai prestasi seorang influencer seperti jumlah capaian (reach), tanggapan (impression) dan komen untuk satu-satu hantaran/kandungan.

INSTAGRAM adalah platform media sosial yang perlu memberi keutamaan dan mempunyai rasa tanggungjawab sosial untuk mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh mereka sendiri.

Dan itulah sebabnya mereka memberikan ciri ANTI-BULI dalam kemaskini terbaru ini.

INSTAGRAM juga memanggilnya sebagai percubaan psikologi.

Tetapi bukankah sudah terlambat untuk bereksperimen?

Adakah mereka mempunyai rancangan untuk berkongsi hasil eksperimen ini?

Persoalan dan pendapat utama saya ialah:

Oleh kerana INSTAGRAM adalah platform yang besar dengan lebih dari 1 bilion pengguna, apakah mereka hanya mentakrifkan istilah keterlibatan (engagement) untuk mendahului perniagaan platform media sosial?

Adakah langkah ini benar-benar untuk kesejahteraan pengguna sepertimana yang mereka laungkan?

Atau adakah kaedah pengumpulan data yang berbeza, dengan mendorong orang untuk terlibat dengan cara yang berbeza?

Perkara yang perlu diketahui tentang kemas kini terbaru INSTAGRAM:

1. Hanya pemilik akaun boleh melihat bilangan likes.

2. Pengikut boleh melihat orang yang likes tetapi tidak dalam bentuk angka.

3. Analitis tetap sama

4. Algoritma untuk capaian (reach) dan pendedahan (exposure) tetap sama.

Dan sebenarnya, apa yang telah diperkenalkan dalam kemas-kini INSTAGRAM terbaru ini merupakan sebahagian daripada strategi RETHINK INSTAGRAM,

Strategi ini lahir daripada inisiatif dimana terdapat banyak komen negatif yang muncul dalam hantaran (post). Dan apabila INSTAGRAM mengeluarkan peringatan kepada pengguna apabila mereka meletakkan komen negatif, pengguna telah diminta untuk klik “Ketahui Lebih Lanjut” (Learn More) setelah menerima notifikasi amaran, dan dengan berbuat demikian, mereka diberikan mesej yang berbunyi: “Kami meminta orang untuk memikirkan semula komentar yang kelihatan serupa kepada orang lain yang telah dilaporkan. “Ini tidak kelihatan seperti amaran atau tindak balas yang mencukupi.

Setelah mendapati bahawa strategi RETHINK ini masih lagi gagal untuk membendung gejala ANTI-BULI, maka tindakan drastik terpaksa dilakukan oleh INSTAGRAM.

Ini bukan kali pertama INSTAGRAM telah berada dalam situasi tekanan semasa kerana kandungannya boleh memudaratkan pengguna.

Dan platform ini sering dituduh sebagai antara saluran media sosial yang paling teruk untuk kesihatan mental.

INSTAGRAM perlu melakukan lebih daripada sekadar cuba untuk membendung penyalahgunaan dalam platform mereka dengan memberikan pilihan atau menyarankan agar kita harus menjadi lebih baik antara satu sama lain. Penyalahgunaan semata-mata tidak boleh menjadi pilihan.

Benda boleh komen baik-baik, buat apa nak komen jahat-jahat.

Sumber
Instagram 'helped kill my daughter'Our Commitment to Lead the Fight Against Online Bullying
Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker