Ad
Berita

UOB Malaysia, Stellavingze Global Bekerjasama Tawar Penyelesaian Kewangan Bagi Wanita

menerusi kerjasama itu, bank tersebut akan membantu golongan wanita menguruskan kewangan

KUALA LUMPUR, 9 Jan — United Overseas Bank (M) Bhd (UOB Malaysia) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan persatuan wanita utama, Stellavingze Global, untuk menyediakan penyelesaian kewangan kepada wanita mengikut pilihan gaya hidup dan keutamaan kewangan mereka.

Pengarah Urusan dan Ketua Negara Perkhidmatan Kewangan Peribadi UOB Malaysia, Ronnie Lim berkata menerusi kerjasama itu, bank tersebut akan membantu golongan wanita menguruskan kewangan mereka dan mengembangkan simpanan mereka secara berasingan.

Beliau berkata pada masa ini semakin ramai wanita yang bekerja atau membuka perniagaan dan memperoleh pendapatan mereka sendiri, jadi secara tidak langsung mereka dapat mengawal kewangan peribadi mereka sendiri bagi jaminan masa hadapan untuk diri sendiri dan keluarga mereka.

Ad

“Dengan lebih ramai wanita semakin berdikari dari segi kewangan dan bertanggungjawab bagi keputusan kewangan mereka, mereka akan memerlukan pengetahuan yang betul bagi menguruskan harta dan pendapatan mereka untuk membuat keputusan kewangan yang bermaklumat.

“Penyelesaian pengurusan harta menyeluruh UOB Malaysia membolehkan pelanggan kami menguruskan wang mereka dengan bijak dan memenuhi matlamat kewangan mereka dengan nasihat khusus, pendedahan risiko menyeluruh dan penyelesaian yang betul,” kata Lim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Back to top button