Komentar

Undi 18, Apa Kata Anda?

Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan melalui Parlimen kali ini akan membawa usul berkaitan penurunan had umur mengundi Malaysia ke 18 tahun melalui pindaan pada Perkara 119 (1)(A) Perlembagaan Persekutuan.

Saya secara peribadi telah menghubungi kedua – dua pihak (yang menyokong dan membantah) untuk dapatkan prespektif/pandangan mereka. Berikut adalah antara hujah penting yang perlu kita tahu untuk memahami usul ini.

Secara kesuluruhannya, terdapat 4 hujah yang dikemukakan kumpulan penyokong (Pro – Undi 18). Keempat – empat hujahnya adalah seperti yang berikut :

1.Mewujudkan ruang demokrasi yang progresif 
/inklusif melalui penyertaan lebih banyak orang khususnya anak muda dalam proses ‘decision – making’.

2. Belia berusia 18 tahun sudah cukup matang untuk ambil keputusan. Akta ke 21, Akta Umur Dewasa 1971 menyatakan bahawa seseorang warganegara berusia 18 tahun layak : Bekerja / Berkahwin / Memandu Kenderaan / Menyertai Angkatan Tentera Malaysia serta Polis Di Raja Malaysia / Bertanggung jawab di atas jenayah yang dilakukan.

3. Meningkatkan jumlah pemilih di Pilihan Raya Umum. Setakat Suku Pertama 2019, sebanyak 15, 033, 004 (Juta) Rakyat Malaysia sudah pun berdaftar sebagai pengundi dan tindakan untuk menurukan had umur mengundi dijangka untuk meningkatkan jumlah itu sebanyak 26.05%. Ini bersamaan dengan penambaan jumlah pemilih sebanyak 3, 893, 004 (Juta).

4. Akhir sekali, tindakan menurunkan had umur mengundi dijangka untuk bantu meningkatkan kerelevanan Pendidikan Mengundi. Pada tahun 2017, SPR telah menubuhkan Akademi Pilihan Raya (APR) dalam usaha untuk meningkatkan ‘political literacy’ di kalangan orang muda.

Secara kesuluruhannya, hampir 95% demokrasi di dunia sudah pun menurukan had umur untuk mengundi ke 18 tahun. Dalam kalangan negara – negara ASEAN pun hanya dua negara anggota (Malaysia dan Singapura) yang masih tetapkan had umur mengundi pada 21 tahun berbanding dengan negara – negara anggota lain.

Ini hujah kumpulan Pro Undi 18. Kumpulan Anti Undi 18 (Belum Menyokong) turut mempunyai persoalan mereka tersendiri. Antaranya :

1. Bagaimana kumpulan belia, khususnya yang baru tamat persekolahan mampu memilih dan membuat keputusan yang baik?

2. Kumpulan umur ini kurang pendedahan. Oleh yang sedemikian, keadaan ini boleh digunakan oleh pihak – pihak yang berkepentingan dengan tujuan memanupulasi kumpulan tersebut untuk meraihkan sokongan politik.

Saya menghormati pandangan dari kedua – dua kumpulan, namun sebagai seorang anak muda, semestinya saya cenderung menyokong usaha ini. Namun, kuasa sebenar bagi mempengaruhi keputusan ini bukan di tangan saya seorang, ia ada pada kita semua. Kita perlu mengambil ini sebagai peluang untuk mendekati Wakil – Wakil Rakyat kita di kawasan masing – masing untuk menyampaikan pendirian kita semua.

Ahli – Ahli Parlimen pula seharusnya anjur sesi penerangan dan konsultasi secukupnya dalam masa terdekat untuk mendapatkan pandangan rakyat terbanyak terhadap inisiatif ini agar Ahli – Ahli Parlimen boleh mengambil satu pendirian yang betul – betul suara rakyat, bukannya suara parti seperti yang terjadi sering kali.

Ini pandangan saya. Apa kata anda? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen saya!


Artikel ini ditulis oleh Mathis Sarawanan
Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili MYTwoCents

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker