Politik

UMNO-PAS Perlu Contohi Syed Saddiq

Pada 30 September 2019, Foodpanda telah memperkenalkan skim pembayaran terbaru untuk penghantar (rider) Foodpanda. Pembaharuan skim itu kelihatan tidak memihak kepada rider-rider Foodpanda kerana bayaran asas dikurangkan hampir separuh berbanding skim lama.

Oleh sebab itu, rider-rider ini telah melancarkan mogok terhadap pihak pengurusan Foodpanda dengan tidak membuat apa-apa penghantaran makanan. Hal ini telah kecoh di sosial media dan mendapat perhatian banyak pihak termasuk Menteri Belia & Sukan kita.

Pada keesokannya, YB Menteri terus mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Foodpanda dan malamnya pula dengan rider-rider Foodpanda di kediaman beliau. Tindakan ini wajar dipuji kerana berjaya memposisikan media akan keprihatinan YB Menteri dalam mendengar keluhan netizen, terutamanya anak muda.

UMNO dan PAS pula terus tenggelam dikala YB Menteri menjadi juara meraih suara anak muda. Sibuk berbincang calon PRK barangkali. Tapi jangan kita lupa, kini kelayakan mengundi telah diturunkan kepada 18 tahun seterusnya mencorak pola pengundi yang majoriti.

Jangan terkejut jika nanti ada yang bersuara seperti ;

“Kita tidak perlukan menteri yang lain, cukup dengan Syed Saddiq pun dah ok”

“Bila pilihanraya baru nak muncul, masa kami ditindas, dimanakah kalian?”

Walaupun YB Menteri mendapat kecaman netizen akan cara beliau menjenamakan dirinya dengan cara selfie ‘close-up’, tapi kita kena akui bahawa strategi memposisikan diri ini berjaya menarik perhatian anak muda, terutamanya bangsa Twitter.

Disebalik kejaguhan YB Menteri dalam menyambut suara anak muda, ia tetap tidak dapat menutup kelemahan kementerian tersebut.

Lim Teong Kim, jurulatih bola sepak negara dalam podcast nya bersama BFM baru-baru ini menyatakan berdasarkan pemerhatiannya sebagai seorang profesional tentang isu struktur institusi bola sepak.

Selain itu, para atlet kebangsaan juga ada yang menyuarakan kebimbangan akan pentadbiran kementerian kali ini seakan tiada hala tuju dalam arena sukan (bukan e-sport).

Daripada sukan digital kemudian pengenalan sukan gusti, semua tu nampak bagus dan progresif. Namun, tindakannya masih tidak masak. Ya, ia suatu yang baru tapi blueprint kementerian bagi usaha ini masih tidak kelihatan.

Lagi membimbangkan , bagaimana beliau mencampur adukkan pendapat peribadi dan politik dengan hala tuju kementerian. Contohnya isu dengan atlet Israel sehingga Malaysia hilang peluang sebagai tuan rumah bagi Kejohanan Renang Paralimpik Dunia yang dicadang buat di Sarawak.

Seterusnya , kenyataannya yang kontradik ketika mana Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Mohd Rashid Hasnon mempertandingkan dirinya dalam jawatan Presiden KLFA sedangkan beliau pula melantik 13 ahli partinya sebagai koordinator negeri dalam kementeriannya.

Dalam banyak-banyak hal yang berkait dengan portfolio kementeriannya, mungkin kita boleh akui sikapnya yang berdiam diri berbanding menteri yang meroyan tak tentu pasal menyelamatkan dirinya.

Kesimpulannya, dari sudut politik, beliau menang berbanding parti yang lain tetapi tidak dalam pembentukan polisi.

Kejaguhan beliau meraih isu popular tetap tidak boleh menutup kelemahan pentadbirannya dalam arena sukan. Tapi, itulah hakikatnya, mereka yang bijak ambil peluang menambat hati rakyat juga yang akan menang.

Lihat sahaja lah bagaimana janji palsu yang populis boleh mengaburkan mata rakyat. Bagaimana pula pelan tindakan UMNO-BN untuk menambat hati anak muda ni? Tak kan nak biar Najib Razak sahaja yang buat kerja ?

Kita boleh lihat keberkesanan koalisi Penyatuan Ummah di PRK Tanjung Piai nanti. Dari situ, kita boleh agak apa yang bakal berlaku seterusnya. Sekian daripada rakyat yang sedang memerhati.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker