Polisi

Tun Razak, Perdana Menteri Yang Menaikkan Melayu Tanpa Menghina

Salah seorang pemimpin Melayu dan Perdana Menteri Malaysia yang paling berjaya membawa pembangunan dalam Malaysia. Yang pentingnya, beliau tidak pernah menghina, mengkritik atau mengutuk orang Melayu sebagai pemalas, tiada kerja dan seumpama dengannya. Beliau tak perlu berbuat sedemikian.

Apa yang beliau telah buat adalah seperti berikut:

Beliau menubuhkan institusi pelajaran RIDA yang mengangkat pendidikan orang Melayu. Setelah itu, RIDA ditukar sebagai Institusi Teknologi MARA (ITM) dan sekarang dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang merupakan antara institusi pengajian tinggi di Malaysia. Institusi yang paling banyak melahirkan professional-professional Melayu seperti jurutera, arkitek, tokoh korporat, doktor dan peguam di Malaysia.

Itulah cara Tun Abdul Razak meningkatkan taraf hidup orang Melayu dengan pendidikan yang akhirnya meningkatkan sosioekonomi orang Melayu sendiri.

Selain dalam pendidikan, Tun Abdul Razak juga menubuhkan FELDA yang merupakan agensi kerajaan yang banyak membantu orang Melayu di luar bandar terutamanya dalam meningkatkan sosioekonomi orang Melayu dengan penanaman komoditi kelapa sawit.

Banyak sumbangan yang telah dilaksanakan oleh FELDA yang merupakan buah fikiran Tun Abdul Razak dalam membantu orang Melayu di Malaysia sehingga hari ini.

Ketika, beliau menjadi PM ke-2. Beliau telah menubuhkan sebuah dasar yang mengurangkan jurang sosioekonomi orang Melayu selepas peristiwa 13 Mei 1969. Pada tahun 1970, beliau menubuhkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mana mengariskan pemilikan ekuiti Bumiputera perlu mencapai 30% dalam Bursa Malaysia pada tahun 1990.

Dengan idea ini, kerajaan telah menubuhkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada 17 Mac 1978 yang bertujuan untuk meningkatkan pemilikan ekuiti orang Melayu. Pada tahun 1970, pemilikan ekuiti Bumiputera hanya 2.4% dalam Bursa Malaysia. Walaupun objektif DEB dalam pemilikan ekuiti Bumiputera untuk mencapai 30% dalam Bursa Malaysia gagal kerana hanya mencapai 19.3% pada tahun 1990. Sekurang-kurangnya, pemilikan ekuiti berjaya ditingkatkan dan berjaya meningkatkan pengagihan kekayaan Bumiputera dalam Malaysia.

Ingat 3 idea Tun Abdul Razak ini
1. RIDA > ITM > UiTM
2. FELDA
3. Permodalan Nasional Berhad (PNB)

Pernah dengar Tun Abdul Razak mengkritik Melayu sebagai bangsa pemalas, tiada kerja dan seumpamanya? Tidak pernah kan.

Tun Abdul Razak tidak perlu berbuat sedemikian. Tidak perlu menghina Melayu sebagai pemalas dan sebagainya untuk memotivasikan kaum ini. Beliau bantu dengan buah fikiran beliau sendiri.

Al-Fatihah untuk Tun Abdul Razak yang banyak berjasa pada orang Melayu.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker