Ad
Umum

Tujuan Asal Khazanah Ditubuhkan

Khazanah Nasional Berhad diperbadankan pada 3 September 1993 di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai syarikat awam berhad. Khazanah dikenali di seluruh dunia sebagai syarikat dana kekayaan kedaulatan atau Sovereign Wealth Fund (SWF). Khazanah ditubuhkan untuk menjaga dan melabur dalam 2 jenis aset iaitu ‘aset strategik’ dan ‘aset komersil’.

Takrifan aset komersil dan strategik.

Aset komersil: Membangunkan aset kewangan dan mempelbagaikan sumber hasil untuk negara.

Ad

Aset strategik: Memegang aset strategik yang menjamin manfaat ekonomi jangka panjang.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Khanazah Tan Sri Azman Mokhtar melihat Khazanah lebih daripada sebuah syarikat dana kekayaan kedaulatan. Tetapi, sebagai ‘nation building institution’. Khazanah diberikan tanggungjawab untuk melabur dalam syarikat-syarikat senaraian awam dan juga syarikat persendirian yang tidak disenaraikan dalam Pasaran Saham Bursa Malaysia.

Pengasasnya, Tun Dr Mahathir ketika menubuhkan Khazanah, syarikat-syarikat swasta kurang berkeyakinan untuk melabur dalam pasaran membangun atau ‘emerging market’. Justeru Khazanah ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia untuk melabur dalam dan luar negara. Khazanah juga merupakan syarikat yang bertanggungjawab sebagai ‘perisai’ dalam menjaga aset-aset negara yang berada di luar negara. Khazanah telah menjadi pemain utama dalam beberapa buah negara membangun seperti China.

Khazanah ditubuhkan untuk mengantikan tanggungjawab Minister of Finance Incorporated (MoF Inc) yang juga merupakan sebuah ‘Government Linked Investment Company’ (GLIC) dalam Malaysia. Semenjak ditubuhkan, Khazanah diuruskan oleh golongan professional, korporat dan pegawai kerajaan. Penglibatan ahli politik yang kurang dalam Khazanah membuatkan syarikat ini mampu bergerak pantas yang sekarang menumpul kekayaan melebihi RM 100 billion.

Pada awalnya, sebanyak RM 7 billion aset komersil yang dipindahkan daripada MoF Inc. kepada Khazanah untuk meningkat modal. Sebanyak 37 buah syarikat yang dikategorikan sebagai aset komersil telah dipindahkan kepada Khazanah daripada MoF inc.

Khazanah tidak bergantung kepada dana yang diperolehi daripada orang awam seperti PNB, Tabung Haji, KWSP, KWAP dan LTAT. Sebaliknya, Khazanah mendapatkan modal dengan menerbit bon, menjual saham dan dividen daripada pelaburan yang dibuat. Contohnya, Khazanah menjual saham HICOM pada tahun 1995 dan penjualan ini memberikan pulangan sebanyak RM 1.8 billion.

Selain daripada melabur dalam dan luar negara, Khazanah juga bertanggungjawab untuk memberi dividen kepada Kerajaan Malaysia. Dividen yang diperolehi akan dibelanjakan dalam Bajet atau Belanjawan Tahunan Negara.

Penubuhan Khazanah sangat penting demi kepentingan negara dalam menjaga aset komersil dan aset strategik dalam dan luar negara. Kekayaan daripada pelaburan yang dibuat oleh Khazanah akan diagihkan kepada negara dalam bentuk dividen seterusnya diberikan kepada rakyat Malaysia dalam bajet dan belanjawan tahunan negara.

Source
E. T. Gomez., T. Padmanabhan., N. Kamaruddin., S. Bhalla., F. Fisal. (2017). Minister of Finance Incorporated (MoF Inc) Ownership and Control of Corporate Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Back to top button