Ad
Berita

Trina Solar dinilai sebagai pembekal modul paling menguntungkan, empat kali berturut-turut

dari laporan tahunan terkini yang dikeluarkan oleh Bloomberg New Energy Finance (BNEF)

CHANGZHOU, China, 3 Ogos 2019 — Trina Solar, penyedia penyelesaian menyeluruh bagi PV global dan tenaga pintar yang terkemuka di dunia, menerima penarafan tertinggi dalam laporan kebolehuntungan modul dan penyongsang tahunan terkini yang dikeluarkan oleh Bloomberg New Energy Finance (BNEF). Menerusi laporan ini, Trina Solarkini merupakan satu-satunya pengeluar modul yang dinilaikan sebagai menguntungkan sepenuhnya selama empat tahun berturut-turut oleh 100% pakar yang mengambil bahagian dalam tinjauan BNEF.

Laporan BNEF ini menjadi rujukan berharga untuk kredit perniagaan di pelbagai institusi kewangan. Menurut laporan ini, keadaan kewangan korporat, modul-modul dengan rekod prestasi terbukti di lapangan dan jaminan pengeluar merupakan metrik penting untuk institusi-insitusi kewangan dalam penilaian kebolehuntungan pengeluar PV. Untuk tinjauannya, BNEF mendekati pihak bank, dana, EPC, penyedia kuasa bebas (IPP) dan penasihat teknikal di seluruh dunia. Ia turut terlibat dalam temubual mendalam dengan pemeriksa kualiti serta pakar teknologi. Pakar-pakar ini mewakili kapasiti PV terpasang sebanyak 25GW di seluruh dunia.

Naib presiden eksekutif Trina Solar Yin Rongfang berkata, “Kami amat berbangga dengan keputusan hebat yang diterima oleh Trina Solar sekali lagi dalam laporan industri terkemuka ini. Laporan ini mengesahkan asas kewangan kukuh, kualiti produk terbukti dan reputasi korporat kami yang baik, dan mengiktiraf komitmen berterusan kami terhadap kemampanan jangka panjang. Trina Solar komited untuk mewujudkan pulangan pelaburan jangka panjang dan mantap untuk pelanggan global kami dengan modul PV dan penyelesaian bersepadu bernilai lebih tinggi.”

Ad

Laporan BNEF terkini ini turut memetik Kad Skor Keandalan Modul PV tahunan, diterbitkan tahun ini oleh PV Evolution Labs (PVEL), yang mana Trina Solar dinamakan sebagai “Pelaksana Terbaik” atas keandalan modul cemerlangnya dan prestasi penjanaan kuasa antara pengeluar-pengeluar modul global buat kali kelima berturut-turut. Kad skor tersebut menyediakan perbandingan yang paling komprehensif bagi keputusan ujian keandalan modul PV yang tersedia secara terbuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Back to top button