Kewangan

Tips Memilih Akaun CDS

Untuk setiap orang yang berminat untuk melabur secara langsung didalam pasaran saham , akaun CDS diperlukan bagi membolehkan pelabur menjual beli saham secara langsung didalam pasaran saham.

Bagi mereka yang masih belum faham apa yang dimaksudkan dengan akaun CDS, anda boleh membaca artikel ini terlebih dahulu: Apa Itu Akaun CDS & Bagaimana Cara Membukanya

Akaun CDS boleh dibuka dimana-mana bank pelaburan atau broker house. Setiap bank dan broker house yang mahu menjadi broker, institusi tersebut hendaklah didaftarkan dan diregulasi oleh badan kewangan sesebuah negara.

Seperti mana produk-produk lain, CDS juga sama. Ada kelebihan dan kekurangan membuka CDS di satu-satu institusi. Itu yang menjadi dilema buat pelabur-pelabur baru.

Apa kriteria yang perlu dilihat oleh pelabur dalam memilih akaun CDS?

1) Yuran Brokerage

Yuran yang rendah tidak semestinya bagus dan yuran yang tinggi tidak semestinya tidak bagus. Walau bagaimanapun kriteria ini hendaklah dilihat, adakah yuran brokerage itu berpatutan dengan perkhidmatan yang diberikan. Apakah yuran brokerage yang tinggi datang dengan fasiliti yang lebih baik?

2) Aplikasi yang diberikan

Aplikasi yang diberikan boleh diteliti melalui laman sesawan broker house tersebut. Adakah aplikasinya jenis yang mudah difahami dan mesra pengguna. Adakah informasi mudah dicari menggunakan aplikasi yang diberikan. Ini antara kriteria yang perlu dilihat.

3) Remisier yang dilantik

Remisier secara umumnya merupakan seorang yang bertanggungjawab menasihati pelabur dalam pelaburan. Jika pelabur pergi mendaftar tanpa melalui remisier, pelabur akan diberikan remisier secara rawak. Oleh yang demikian pelabur dinasihati membuka akaun CDS melalui remisier. Pelabur boleh memilih sendiri remisier mana yang bertanggungjawab menasihati pelaburan pelabur.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

Close
Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker