Isu Semasa

Tindakan India Menaikkan Duti Minyak Sawit Jejas Malaysia

KUALA LUMPUR 18 Julai – Sektor minyak sawit tempatan dijangka berhadapan saingan yang lebih tinggi di India berikutan cadangan Kementerian Kewangan dan Perdagangan negara itu untuk menaikkan duti ke atas minyak sawit dari Malaysia kepada 50 peratus daripada 45 peratus.

Public Investment Bank (PIB) dalam nota kajiannya hari ini berkata cadangan itu akan menyebabkan kerugian besar kepada pengeksport minyak sawit Malaysia apabila duti keistimewaannya hilang berbanding rakannya dari Indonesia.

“Ini akan terus menekan inventori minyak sawit Malaysia pada bulan-bulan akan datang, memandangkan pengeluaran separuh kedua dijangkakan lebih tinggi mengikut musim,” katanya. Firma penyelidikan itu berkata pada masa ini perbezaan harga antara minyak sawit Malaysia dan Indonesia adalah sebanyak lima peratus.

“Cadangan itu negatif kepada sektor minyak sawit Malaysia, yang sudah pun lemah disebabkan oleh prestasi harga minyak sawit mentah (MSM) yang rendah. Jika cadangan itu menjadi kenyataan, kami menjangkakan eksport yang lebih rendah ke India pada bulan-bulan akan datang,” katanya.

India, pengimport minyak sawit terbesar di dunia, menyumbang 28 peratus daripada jumlah import minyak sawit Malaysia pada separuh pertama tahun ini.

Setakat ini tahun ini, harga purata MSM sebanyak RM1,980 setan, merosot 17.6 peratus tahun ke tahun. Unjuran sektor ini kekal neutral.- BERNAMA

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

Close
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker