Isu Semasa

Tiada Masalah Jika Mereka Tidak Mahu Bekerja – Foodpanda

Sebelum isu rider Foodpanda yang mogok kerana pengenalan skim pembayaran baru yang mana bayaran asas (basic payment) sebanyak RM120 seminggu tidak lagi diberikan telah mendapat perhatian daripada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.

Untuk memahami isu kadar bayaran baru yang diperkenalkan, boleh baca disini: Rider-Rider Foodpanda Mogok

Sebagai Menteri yang sebelum ini telah menjadi ‘penggerak’ kemasukan GoJek ke Malaysia, beliau telah mengambil peluang ini untuk mendengar keluhan daripada rider Foodpanda dan juga berbincan dengan pengurusan Foodpanda bagi menyelesaikan isu ini.

Bacaan berkaitan: UMNO-PAS Perlu Contohi Syed Saddiq

Walau bagaimanapun, perbincangan Syed Saddiq dan pengurusan Foodpanda tidak membuahkan sebarang hasil. Pengarah Urusan Foodpanda Malaysia, Sayantan Das menasihatkan para penghantar supaya mencuba dahulu sistem baharu tersebut sebelum membuat sebarang keputusan.

Tambahnya, rider Foodpanda yang tidak bersetuju dengan skim pembayaran baharu tidak dipaksa untuk meneruskan perkhidmatan mereka.

“Saya rasa mereka patut mencuba dahulu sistem pembayaran baharu ini terlebih dahulu. Sekiranya mereka mahu kekal, mereka boleh kekal. Jika mereka tidak mahu, mungkin mereka boleh meneroka peluang pekerjaan yang lain,”

Sayantan Das, Pengarah Urusan Foodpanda Malaysia

Sebelum ini rider akan mendapat bayaran RM5 bagi setiap tempahan, manakala mengikut skim baharu, bayarannya dinaikkan kepada RM7.

Para penghantar juga akan diberi insentif sebanyak RM150 apabila berjaya menghabiskan waktu bekerja selama 40 jam seminggu di samping bayaran tambahan RM1 bagi setiap tempahan yang dihantar bagi tempoh 11 malam sehingga 9 pagi setiap hari.

Skim baharu ini dikatakan mampu memberikan pendapatan sehingga 50 peratus lebih tinggi berbanding skim lama.

Jika isu Foodpanda ini pun gagal diselesaikan oleh Menteri, apakah Menteri mampu memberi jaminan keadilan dan kebajikan pekerja akan terjaga jika GoJek masuk ke Malaysia?

Bacaan berkaitan: Disebalik Kelulusan GoJek Beroperasi Di Malaysia

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker