Isu Semasa

Tiada Lagi Skim Bantuan Tanaman Semula – Teresa Kok

Kerajaan tidak akan melaksanakan kembali skim bantuan penanaman semula kepada pekebun kecil yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Sebelum ini, mereka yang layak akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM7,000 bagi setiap hektar yang diusahakan di bawah skim TSSPK berkenaan. Tetapi kini tidak lagi.

Sebaliknya kerajaan Pakatan Harapan (PH) memperkenalkan dua skim iaitu Skim Pinjaman Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) dan Skim Pinjaman Mudah Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS) dengan peruntukkan sebanyak RM550 juta.

“Kita juga ada pekebun kecil tersusun di bawah Felda, Felcra dan sebagainya. Pekebun kecil Felda mereka pinjam duit dengan kadar empat peratus.

“Jika kerajaan beri geran percuma kepada mereka (pekebun kecil persendirian), kita mewujudkan satu keadaan yang tidak adil,”

Teresa Kok

Menurut Teresa hal ini dilakukan sebagai tindakan berlaku adil kepada semua pihak.

Apalah nasib pekebun kecil yang mencecah hampir 650,000 orang yang terpaksa berhadapan dengan harga minyak sawit global yang rendah. Alasan tidak berlaku ini tidak berapa tepat dan dilihat seolah-olah mahu menutup kesilapan kerajaan menghapuskan GST yang mana menyebabkan pendapatan kerajaan menurun. Yang menjadi mangsa adalah rakyat terutamanya rakyat di luar bandar. Sebelum ini bantuan nelayan, pesawah, dan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) telah dihentikan pada Belanjawan 2019.

Sudahlah harga sawit semakin merudum, kini pekebun kecil ini terpaksa menambah hutang pula bagi meneruskan hidup mereka.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker