Umum

Teknik Pemasaran Menggunakan 5 Deria

Ramai dalam kalangan kita mengimpikan untuk ada produk sendiri. Ada banyak jalan mudah seperti guna perkhidmatan OEM, buat sendiri daripada air tangan (jika masakan), bangunkan sendiri (jika software) dan banyak lagi.

Antara teknik pemasaran yang agak bagus terutama bagi mereka yang berhasrat untuk membangunkan atau melahirkan produk sendiri, salah satu teknik yang boleh digunapakai ialah Empathy Map.

Empathy map ni menggunakan analogi sosok pemikiran manusia dengan menggunakan kepala sebagai elemen utama. Dimana dalam kepala ada:

1. Otak untuk berfikir
2. Mata untuk melihat
3. Telinga untuk mendengar 
4. Mulut untuk bercakap/bersuara
5. Dan perasaan (abstrak) untuk merasa Pain dan Gain

Empathy Map ni adalah antara teknik digunapakai semasa sesuatu produk dibangunkan (supaya lebih baik). Ianya merujuk kepada kerja-kerja yang boleh dilakukan oleh Business Analyst yang bertanggungjawab sebagai pembangun produk (Product Developer).

Anatara soalan yang biasa dikemukakan oleh pasukan pembangun produk (jika ramai) adalah:

1. Apa pengguna akan fikir dan rasa? Apakah aspirasi dan kebimbangan pengguna?

2. Apakah tanggapan kawan-kawan, rakan sekerja dan keluarga jika mereka menggunakan produk anda?

3. Apa yang pengguna akan nampak jika produk anda digunakan dalam persekitaran mereka?

4. Apa yang pengguna akan cakap bila menggunakan produk anda?

5. Apa yang pengguna bimbangkan jika menggunakan produk anda?

6. Apa faedah yang pengguna akan dapat jika menggunakan produk anda?

Bila masa yang agak sesuai untuk digunakan teknik empathy map?

– Semasa memikirkan untuk menulis/membuat ‘segmen pengguna’ dalam Business Model Canvas
– Semasa menerangkan tentang persona pengguna
– Semasa membuat temu-bual dengan pelanggan/pengguna (digunakan untuk melihat kepada perilaku pengguna)

Adakah kesemua elemen diatas berjaya anda sediakan?
Jika ya, sedia untuk masuk mode gear lima – viralkan bisnes anda.

Selanjutnya...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker