Kewangan

Tanggungjawab Besar Pernikahan Dalam Aspek Ekonomi

Setiap bangsa mempunyai pembawaan sendiri dalam amalan perkahwinan. Sehingga hari ini, perkahwinan telah menjadi lumrah pada alam. Dan barangsiapa yang berkahwin tentu sekali hidupnya mula berubah. Sungguhpun begitu, tidak ramai yang faham perkahwinan dalam sudut ekonomi. Bukanlah duduk serumah dan berkongsi pendapatan yang memainkan peranan pun. Dalam Malaysia sendiri, sudah ada pasangan belum berkahwin yang bersekedudukan sambil berkongsi pendapatan.

Bacaan berkaitan: Perkahwinan Percuma, Ini Cara Saya

Namun begitu, permohonan dalam pendaftaran perkahwinan menjaminkan pelbagai manfaat terutamanya berkaitan percukaian. Setiap perkahwinan perlu didahulukan dengan perancangan kewangan yang ketat terlebih dahulu. Pengurusan kewangan merupakan punca bahagianya sebuah perkahwinan.

  1. Pasangan perlu mengisytiharkan harta, tanggungjawab dan hutang sebelum berkahwin.
  2. Bajet majlis perkahwinan memberikan impak berpanjangan terhadap pasangan tidak kira dalam bangsa mana pun.
  3. Fungsi percukaian juga menggalakkan faedah besar.

Sebelum mengisytiharkan penerimaan nikah, status kewangan perlu difaham bersama. Tiada pengetahuan mengundangkan risiko besar, yang boleh dilihat dalam pasangan-pasangan Baby Boomers di Malaysia dimana ramai dalam kalangan mereka membiarkan pengurusan kewangan sepenuhnya kepada suami. Warisan daripada amalan tersebut pula membanjiri halaman-halaman perkongsian masalah seperti Kisah Rumah Tangga misalnya.

Jika peserta perkahwinan berdepan dengan hutang, kedua-dua perlu ada rancangan teliti untuk membiayainya. Ini kerana hutang perlu diselesaikan terlebih dahulu, sebelum kedatangan anak misalnya. Pendekatan ini boleh diselesaikan dengan mengadakan bajet isi rumah yang perlu merangkumi:

  1. Kepentingan hidup, seperti kewajiban-kewajiban kewangan. Misalnya hutang.
  2. Matlamat karier jangka masa panjang.
  3. Pendekatan penjagaan anak, sama ada pemberhentian kerja isteri/suami atau pusat penjagaan anak. Kedua-duanya mempunyai implikasi kewangan yang memerlukan perancangan teliti.
  4. Anak daripada hubungan lepas yang dijatuhkan kewajiban tanggungan oleh mahkamah seperti nafkah atau alimoni.
  5. Persediaan untuk menampung ahli keluarga, terutamanya ibu bapa semakin tua.
  6. Paling utama sekali, ramalan simpanan akhir sebelum usia bersara.

Jika enam perkara ini tiada dalam sasaran, disarankan kedua-dua pasangan membincangkan. Tidak kaya raya pun tidak mengapa. Sebaliknya kestabilan itu perlu ada, kerana masa yang bakal menyusul semestinya memerlukan perbelanjaan lebih tinggi jika diambil kira faktor purata harga makanan global misalnya.

Bacaan berkaitan: 15 Langkah Perancangan Kewangan Suami Isteri

Semua ini sebenarnya bermula pada titik paling awal dalam perkahwinan iaitu majlis itu sendiri. Ramai dalam kalangan anak muda biasanya membelanjakan secara besar-besaran untuk majlis satu hari. Ada yang membuat pinjaman bank lagi, dimana tentu sekali kadar faedah boleh menggandakan pun. Kerana dalam majlis ini juga bakal mempunyai perhiasan barang-barang kemas yang mahal juga. Dan itu baru hari pertama, belum lagi disusuli amalan berbulan madu dan cuti tahunan.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker