Ekonomi

Tahap Penembusan Pasaran Insuran Am Merudum

Industri insuran am terus terus dibelengu dengan dua cabaran ini iaitu tahap penembusan pasaran yang masih rendah dan peningkatan tuntutan yang boleh menggoyahkan kestabilan perniagaan ini.

Ketua Eksekutif Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), Mark Lim berkata peningkatan tuntutan khususnya perubatan dan kesihatan dan juga kenderaan adalah perkara yang paling merisaukan pihak yang melindungi iaitu syarikat insuran.

Beliau berkata jumlah bersih tuntutan kenderaan untuk separuh tahun pertama 2019 sahaja sudah mencecah RM2.7 bilion dimana keadaan mula meningkat sejak separuh tahun pertama 2015.

“Yang mengejutkan, pihak insuran membayar tuntutan sebanyak RM14.9 juta sehari untuk tuntutan kenderaan seperti kerosakan kenderaan, kecederaan pengguna dan kecurian kenderaan. Pada 2018, jumlah kemalangan telah meningkat sebanyak 51 peratus iaitu 548,598 semenjak tahun 2017,”kata beliau.

Tambahan beliau, tuntutan perubatan meningkat disebabkan inflasi perubatan yang sentiasa meningkat menjadi dua digit dan dijangka akan mencecah 14 peratus pada tahun 2019.

Tahap penembusan pasaran insuran am juga rendah iaitu sebanyak 1.23 peratus pada tahun 2018 berbanding dengan purata global iaitu 3 peratus.

Liberalisasi industri insuran sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan penembusan pasaran iaitu dengan membenarkan premium bayaran insuran ditentukan berdasarkan tahap risiko penunggang atau pemandu kenderaan. Dengan kata lain, semakin kurang risiko, semakin murah bayaran premium.

Selain itu, untuk memastikan kemampanan insuran am untuk terus maju kehadapan, usaha dan pendekatan yang fokus daripada pihak industri ini untuk menanamkan sikap pemanduan yang berhemah dikalangan pengguna agar kadar kemalangan dapat dikurangkan.

“Rancangannya adalah untuk mengimplimentasi kempen keselamatan diperingkat negeri dengan memfokuskan pada kawasan yang mempunyai kadar kemalangan yang tinggi. PIAM akan berkolaborasi dengan beberapa autoriti yang berkaitan dan agensi pelaksanaan.

Dalam kempen ini, bagi negeri yang mencapai tahap penurunan kadar kemalangan signifikan akan diberi insentif oleh PIAM yang akan dilancarkan beberapa bulan akan datang ,” kata Lim.

Berkenaan tuntutan perubatan pula, Lim akan membina satu pasukan ‘task force’ untuk mengkaji punca kenaikan inflasi perubatan seterusnya akan mengusulkan cadangan kepada pihak berautoriti supaya kos perubatan dapat dikekang. Ini adalah untuk kebaikan kepada pencarum dan juga perniagaan ini.

Industri ini mencatat kejatuhan sebanyak 1.4 peratus dengan bayaran premium sebanyak RM 8.92 bilion pada 6 bulan pertama tahun ini. Kelas paling dominan yang menyumbang kepada kejatuhan ini adalah insuran motor iaitu sebanyak 0.2% iaitu RM4.18 bilion.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker