Polisi

Syarat Kelayakan Subsidi Minyak Yang Terlampau Ketat?

Setelah meneliti semula mekanisme pemberian subsidi petrol bersasar, terdapat banyak perkara yang kurang jelas yang mana menyukarkan proses aplikasi bagi mendapatkan subsidi.

Contohnya hanya mereka yang memiliki kenderaan atas nama sendiri dan cukai jalan yang sah sahaja yang layak mendapat cukai. Bagaimana dengan mereka yang di kampung yang tidak memiliki cukai jalan yang sah? Apakah mereka tidak akan mendapat subsidi minyak?

Rajah di atas menerangkan syarat kelayakan penerima subsidi berdasarkan jumlah kenderaan yang dimiliki. Kita ambil contoh di mana mereka yang memiliki 3 buah motorsikal tidak layak mendapat subsidi, apakah mereka yang memiliki 3 buah motorsikal dikira sebagai ‘kaya’ sehingga tidak layak mendapat subsidi. Umum mengetahui motorsikal adalah kenderaan utama bagi kumpulan B40, dan bukanlah sesuatu yang pelik jika 3 motorsikal berada di bawah satu nama sahaja bagi kumpulan B40.

Sepatutnya pemberian subsidi ini dipermudahkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah, bukanlah disusahkan dengan pelbagai syarat seolah-olah kerajaan tidak ‘ikhlas’ untuk memberi subsidi.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker