Politik dan Polisi

Bagaimana Akta Pembiayaan Politik Dilaksanakan Di Negara Lain

Tidak ada parti politik yang mampu beroperasi tanpa sebarang sumber pendapatan. Dana diperlukan bagi tujuan perbelanjaan operasi dan aktiviti-aktiviti komuniti serta kempen pilihan raya. Menurut laman opensecrets, jumlah dana yang disumbangkan kepada semua calon pilihanraya Amerika Syarikat pada tahun 2016 adalah USD 1.5 bilion.

Namun di Malaysia, masih belum wujud akta atau undang-undang yang mengawal selia dana-dana politik yang diterima. Pada 2010 lalu, Barisan Nasional telah mencadangkan usul undang-undang supaya pemberi dana parti politik perlu disenaraikan dan diketahui rakyat namun telah ditentang oleh pembangkang ketika itu.

Awal tahun lalu juga Perdana Menteri telah menyatakan bahawa perlunya akta ini diperkenalkan. Yang ada di Malaysia buat masa ini adalah Akta Pilihan Raya 1954 yang membenarkan perbelanjaan kempen RM100,000 bagi kerusi dun dan RM200,000 bagi kerusi parlimen.

Mari kita lihat pula bagaimanakah undang-undang berkaitan dana politik di negara-negara lain.

1) Amerika Syarikat

Di Amerika Syarikat, pembiayaan politik tertakluk undang-undang yang digubal oleh Kongres dan dikuatkuasakan oleh Federal Election Commission (FEC).

Pembiayaan kempen adalah berdasarkan kategori dibawah:

  • Penderma individu kecil (sumbangan bawah USD200)
  • Penderma individu besar (sumbangan atas USD200)
  • Jawatankuasa Tindakan Politik
  • Dana sendiri daripada calon

Sebarang sumbangan daripada entiti luar negara dan korporat tidak dibenarkan.

2) United Kingdom

Secara umumnya ada 3 cara bagaimana sesebuah parti politik mendapat dana di UK iaitu yuran keahlian, sumbangan dan dana daripada kerajaan (hanya dibenarkan bagi perbelanjaan operasi).

Bagi sebarang sumbangan atas £5,000, ia perlu diisytiharkan dan sumbangan anonymous hanya dibenarkan bagi amaun bawah £50. Semua sumbangan ini akan dipaparkan dalam laman sesawang Suruhanjaya Pilihanraya.

3) Singapura

Akta Pembiayaan Politik di Singapura tidak membenarkan parti politik daripada individu yang telah dibenarkan menderma. Jika sumbangan diterima adalah daripada pihak yang merahsiakan indentitinya, maksimum amaun yang boleh diterima satu-satu parti adalah SGD5,000. Jika parti tersebut menerima lebih daripada SGD5,000 (sumbangan daripada beberapa individu anonymous), lebihannya perlu dipulangkan dalam tempoh 30 hari.

Sama seperti di UK, Singapura juga tidak membenarkan pembiayaan daripada luar negara bagi mengelakkan campur tangan kuasa asing.

Mengapa pentingnya akta pembiayaan politik? Hal ini bagi mengelakkan kerajaan membuat polisi yang menguntungkan sesetengah pihak sahaja. Misalnya jika parti itu menerima dana daripada pemaju, sudah pasti parti tersebut akan membuat polisi yang memenangkan pemaju yang mana akhirnya tidak akan memberi sebarang manfaat kepada rakyat.

Sumber
Opinion | How to ensure political funding is clean and transparentPolitical Donations Here & Other Countries: Where Does Malaysia Stand?New act to monitor political funding?opensecrets.orgDAP tolak usul umum nama penderma dana politik
Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker