Ad
Umum

Subsidi Tabung Haji Tidak Membebankan

Baru-baru ini terdapat ura-ura bahawa subsidi Haji bakal dikurangkan pada masa akan datang seperti mana yang dinyatakan oleh Menteri Agama.

Siapakah yang menanggung subsidi haji?
Ada sesetengah pihak menyangkakan subsidi Haji ini datangnya daripada kantung kerajaan. Tidak, subsidi Haji diberikan daripada keuntungan pelaburan dan perniagaan Tabung Haji itu sendiri.

Kos sebenar Haji bagi kategori Muassasah berjumlah RM22,900. Bayaran yang perlu dibayar oleh pencarum hanya RM9,980, selebihnya disubsidikan.

Ad

Bacaan berkaitan: Kesan Hibah Tabung Haji Rendah

Subsidi haji yang diberikan setiap hanya sekitar RM400 juta sahaja. Adakah ianya membebankan?

Berdasarkan jumlah deposit RM73 bilion, jumlah subsidi tidak sampai 0.6% daripada jumlah deposit tersebut.

Fixed deposit pun boleh beri pulangan sekitar 4% setahun. Tak mungkinlah Tabung Haji Tidak boleh dapatkan keuntungan sekurangnya 4%.

Sukar sangat ke nak mendapatkan pulangan 4% setahun dengan jumlah aset puluhan bilion? Orang berniaga nasi lemak pun boleh buat untung lebih 4%, mengapa Tabung Haji yang mempunyai begitu ramai pakar tidak mampu berbuat demikian?

Tujuan orang simpan di Tabung Haji sebab nak mendapatkan manfaat subsidi dan merasa sedikit dividen yang membantu meningkatkan simpanan mereka.

Jika Tabung Haji tidak lagi memberi subsidi, apalah gunanya menyimpan disana lagi. Lebih baik mereka laburkan sendiri dan kemudian pergi menggunakan pakej swasta.

Lihatlah kembali mengapa institusi kewangan pertama di dunia ini ditubuhkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Back to top button