Polisi

Subsidi Minyak Guna Bil Eletrik?

Setelah bertangguh-tangguh beberapa kali, berbulan-bulan, akhirnya ada ura-ura bahawa subsidi minyak Ron95 yang akan diberikan kelak kepada golongan B40 akan berpandukan kepada jumlah bayaran bil elektrik rumah mereka.

Menurut Timbalan Menteri, hanya golongan B40 yang bil rumah mereka di antara RM100 – RM200 layak menerima subsidi daripada kerajaan yang berjumlah RM30 sebulan.

Manakala bagi keluarga yang tak ada kereta dan ada motorsikal, mereka hanya layak untuk RM12 sebulan. Subsidi juga akan disalurkan secara terus ke dalam akaun penerima yang layak.

Berbulan-bulan punya tunggu, akhirnya mekanisma ‘kelakar’ macam ni yang kerajaan bagi? Kena belanja elektrik RM100-200 untuk dapat subsidi RM12-RM30? Lawak antarabangsa apakah ini?

Oh lagi satu, jangan lupa selepas perlaksanaan subsidi bersasar ini, harga minyak runcit Ron95 bagi pengguna biasa akan kembali menggunakan kiraan berdasarkan formula APM yang akan bergantung kepada harga minyak dunia dan juga nilaian pertukaran MYRUSD.

Sebagai kesimpulan, siapa yang rasa dia B40 dan layak terima subsidi, sama ada dia kena jimat guna elektrik di rumah dia kalau bil dia > RM200 atau guna elektrik lebih sikit kalau bil dia < RM100

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker