Ad
Umum

Subsidi Minyak Bersasar Akan Dilaksanakan 1 Januari 2020

Pengumuman program subsidi petrol bersasar telah diumumkan oleh Menteri KPDNHEP, DS Saifuddin Nasution sebentar tadi.

Sebagai ringkasan,

– Seramai 2.8 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) akan mendapat manfaat daripada Program Subsidi ini.

Ad

– Mereka perlu memiliki kenderaan atas nama sendiri dan cukai jalan yang sah.

– Hanya pemilik kereta 1600cc ke bawah dan motosikal 150cc yang layak menerima subsidi ini.

– Program ini akan menyalurkan bantuan tunai yang akan dikreditkan terus ke akaun penerima setiap empat bulan sekali.

Related Articles

– Kadar subsidi ialah RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 sebulan bagi motosikal.

– Anggaran jumlah tanggungan subsidi bagi pelaksanaan Program Subsidi Petrol ialah sebanyak RM65. 4 juta sebulan.

– Program ini akan dilaksanakan pada 1 Januari tahun 2020 dan semakan kelayakan boleh dibuat bermula 15 Oktober 2019.

– Program Subsidi Petrol bersasar hanya dilaksanakan di semenanjung Malaysia sahaja manakala Sabah, Sarawak dan Labuan harga petrol kekal RM2.08 seliter.

– Harga petrol runcit di Semenanjung akan kembali menggunakan pengiraan apungan APM tanpa subsidi. (Harga Harini: Circa RM2.25/liter)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Back to top button