Teknologi

Streamyx Hadir Dengan Plan Baru, Bila Pula Unifi Air?

TELEKOM Malaysia Berhad (TM) hari ini mengumumkan pengguna Streamyx bakal menikmati Internet berkelajuan sehingga RM8Mbps dengan tawaran harga serendah RM89 sebulan manakala pelanggan sedia ada menikmati tawaran itu serendah RM69 bermula September ini.

Pengumuman ini sudah semestinya menggembirakan pengguna Streamyx yang sebelum ini membayar sehingga RM110 sebulan untuk pakej 1Mbps sahaja. Namun jika dibandingkan dengan Plan Unifi, Unifi jauh lebih berbaloi dengan kelajuan 30Mbps pada harga RM139.

Apa yang dinantikan adalah produk terbaru TM iaitu Unifi Air yang dikatakan ditawarkan serendah RM59 sebulan dengan kelajuan mencecah 60Mbps. Dijangkakan Unifi Air akan menggunakan teknologi FWA (Fixed Wireless Access) – Akses Tanpa Wayar Secara Tetap dan TTD LTE serta menggunakan sistem plug and play (anda tidak memerlukan technician untuk memasang Unifi Air di rumah anda).

Anda boleh baca mengenai Unifi Air disini: Untuk Pengguna Streamyx, Pakej RM59 ‘Unifi Air’ Yang Lebih Laju, Murah dan Stabil Ini Untuk Anda

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker