Polisi

Stabilkan Harga Minyak Sawit Bukan Memajak Tanah Peneroka FELDA

Harga Minyak Sawit Mentah (CPO) telah merosot sehingga paras RM 1,872.00 setan setakat Julai 2019 berbanding RM 2,349.50 setan pada 30 April 2018. Manakala, Harga Buah Tandan Segar (BTS) telah merosot sehingga RM 369 setan setakat 5 Julai 2019 berbanding RM 510 setan pada 30 April 2018.

Carta Harga Sawit. Kredit: Business Insider

Kejatuhan harga minyak sawit setelah Kerajaan Pakatan Harapan mengambilalih kerajaan telah memberi kesan yang buruk kepada peneroka-peneroka FELDA. Peneroka Felda terkesan apabila terpaksa membayar hutang-hutang seperti pembiayaan sara hidup dan penanaman semula kelapa minyak sawit apabila harga minyak sawit jatuh dengan teruk.

Pada 10 April 2019, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi telah membentangkan Kertas Putih FELDA untuk membaiki permasalahan yang berlaku dalam FELDA. Antara cadangan yang telah diberikan adalah memajak tanah-tanah peneroka kepada sebuah badan pengurusan professional dalam bidang estet untuk diuruskan.

Namun, kerajaan masih belum menentukan harga setiap bagi setiap ekar yang akan dibayar kepada peneroka apabila telah dipajak. Setakat ini, kerajaan belum menentukan tempoh pajakan yang terpaksa peneroka FELDA serahkan kepada badan terbabit. Peneroka-peneroka FELDA akan kehilangan kuasa tanah mereka apabila dipajakkan kepada badan pengurusan professional yang akan terlibat.

Peneroka-peneroka FELDA akan mendapat pendapatan tetap setiap bulan sekiranya memajak tanah-tanah mereka. Sekiranya, Harga Minyak Sawit Mentah (CPO) dan Harga Buah Tandan Segar (BTS) naik pada masa akan datang. Peneroka tidak dapat hasil yang lebih atas kenaikan harga minyak sawit.

 Sekiranya tanah-tanah Peneroka FELDA dipajak, FELDA akan menanggung liabiliti untuk memberikan hasil kepada peneroka. Ini akan menambahkan liabiliti dan perkara ini amat teruk seperti yang digempar-gempurkan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

 Sebelum kerajaan ingin memajak tanah-tanah peneroka, terdapat satu akta iaitu Akta Tanah (Penempatan Berkelompok) 1960 atau GSA 1960 yang tidak membenarkan tanah-tanah FELDA dipecah-pecahkan, dipajak mahupun dijual. Tambahan, akta ini mengandungi syarat-syarat yang diletakkan untuk jenis tanaman yang dibenarkan kepada peneroka FELDA. Kerajaan tidak boleh sesuka hati menyuruh peneroka FELDA untuk memajak tanah-tanah mereka. Ini kerana, tanah-tanah mereka dilindungi oleh akta tersebut. Segala perubahan dalam akta tersebut memerlukan pindaan yang mesti dilaksanakan dalam Dewan Rakyat.

Kerajaan hari ini perlu fokus bagaimana ingin meningkatkan pendapatan dan taraf ekonomi peneroka FELDA. Masalah utama yang FELDA alami sekarang adalah kejatuhan harga Minyak Sawit Mentah (CPO) dan harga Buah Tandan Segar (BTS). Sepatutnya, kerajaan mencari inisiatif untuk meningkat semula harga minyak sawit kerana Malaysia ialah kedua negara terbesar memegang pasaran kelapa sawit selepas Indonesia. Cadangan untuk memajak tanah-tanah peneroka FELDA tidak dapat meningkatkan harga minyak sawit. Seterusnya, meningkat sosioekonomi peneroka FELDA sendiri.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker