Polisi

SST Dan GST Adalah Cukai Penggunaan, Apa Bezanya?

Baru-baru ini, pihak MyTwoCents telah mengadakan sesi Reviu Belanjawan 2019 yang menampilkan Kauthar Rozmal (Ketua Editor MyTwoCents) dan Najib Saahari (Penganalisa Pasaran) sebagai ahli panel.

Video : Reviu Belanjawan 2019

Memetik kenyataan Najib Saahari, cukai penggunaan (consumption tax) adalah satu sistem cukai yang mapan (sustainable) dan SST serta GST merupakan contoh cukai penggunaan.

Cukai penggunaan adalah cukai yang dikenakan terhadap perbelanjaan barangan dan perkhidmatan. Selain GST dan SST, contoh lain cukai penggunaan adalah cukai tarif dan cukai eksais.

Secara teorinya, cukai penggunaan adalah satu sistem yang boleh bertahan lama dalam memastikan negara memperoleh pendapatan untuk jangka masa yang panjang.

Seperti mana kita tahu, kutipan cukai SST adalah berjumlah RM22 bilion (2018) manakala GST menyumbang pendapatan negara sebanyak RM44 bilion pada tahun 2017.

Walaupun kutipan GST lebih tinggi daripada SST, ini tidak bermakna GST menekan pengguna dengan cukai. Manakala kekurangan kutipan cukai SST pula bukanlah bermakna kerajaan berhati baik tidak mengenakan cukai yang banyak. Inilah salah faham yang berlaku dikalangan rakyat Malaysia.

Najib Saahari juga mengatakan walaupun SST adalah consumption tax, tapi SST tidak efektif kerana dalam sistem ini terdapat kelompongan yang menyebabkan pengusaha atau peniaga boleh mengelakkan diri daripada dikenakan cukai. Oleh sebab itulah ia menjadi faktor kekurangan kutipan cukai.

Pelaksanaan sistem cukai baru tanpa kajian terperinci boleh memberikan kesan yang negatif dalam ekonomi negara kita. Pengurangan pendapatan negara yang mendadak menyebabkan kerajaan terpaksa ambil pendekatan yang drastik seperti penjualan aset-aset negara yang sepatutnya berkualiti menjana pendapatan negara.

Bila pendapatan negara tidak mencukupi melebih perbelanjaan, ia akan memberi kesan terhadap GDP dan seterusnya menerukkan lagi fiscal deficit. Semua ini berkaitan, dan jika tidak diatasi, rakyat akan mula merasai kesempitan disebabkan kenaikan inflasi.

Hal ini telah disuarakan oleh ramai pihak termasuk pakar-pakar ekonomi agar sistem cukai sebelumnya perlu dikembalikan bagi mengisi kekurangan pendapatan negara. Adakah kerajaan akan kembalikan semula GST atau kekalkan yang sedia ada tapi menggunakan sistem GST dengan kadar yang lebih rendah? Sama-sama kita nantikan pada pembentangan Belanjawan 2020 esok.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker