Info Niaga

Sktruktur Korporat Negeri Johor

Baru-baru ini, Bloomberg mengeluarkan berita mengenai Johor Corporation ingin menjual pegangannya dalam KFC dan Pizza Hut. Terdapat kekeliruan segelintir pihak mengenai pemilikan Johor Corporation.

Maka saya jelaskan sistem korporat yang ada di negeri Johor ini. Sama seperti Malaysia yang mempunyai ‘Government Linked Investment Company’ (GLIC). Johor juga mempunyai sistem yang sama.

Kalau di peringkat Persekutuan, terdapat syarikat syarikat seperti Khazanah, Tabung Haji, LTAT, PNB, KWSP, KWAP dan MoF incorporated. Johor juga mempunyai syarikat-syarikat yang serupa. Berikut adalah senarai GLIC untuk negeri Johor;

1. Johor Corporation (Johor Corp)
2. State Secretary Incorporated (SSI)
3. Permodalan Darul Takzim (PDT)
4. Perbadanan Islam Johor (PIJ)
5. Johor Biotech
6. Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)

Kerajaan Negeri Johor banyak melakukan aktiviti pelaburan terutamanya untuk syarikat Johor Corp, PDT, dan YPJ. Contoh yang terdekat yang boleh diguna ialah Johor Corp yang memegang QSR Brands sebanyak 56%.

Keuntungan yang dijana oleh Johor Corp boleh diagihkan kepada Kerajaan Negeri Johor untuk Belanjawan Negeri. Sebagai contoh, Johor Corporation telah mengagihkan RM 12 juta kepada Kerajaan Negeri Johor pada tahun 2018. (Rujuk Laporan Tahunan Johor Corp m/s 104)

Antara perkara yang menjadi pertikaian dan persoalan adalah pemilikan syarikat air negeri Johor iaitu SAJ Ranhill Sdn. Bhd. Johor merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak mempunyai pegangan penuh terhadap syarikat yang menguruskan air terawat.

Pegangan 20% terhadap SAJ Ranhill Sdn Bhd adalah daripada State Secretary Incorporated (SSI). Manakala, pegangan 10.59% terhadap Ranhill Bhd adalah daripada Permodalan Darul Takzim (PDT).

Oleh kerana SAJ Ranhill dimiliki oleh pihak swasta, kadar tariff air di Johor adalah tertinggi di Malaysia berbanding negeri-negeri yang lain iaitu sebanyak RM 0.80 setiap meter padu (RM 0.80/m3)

Untuk makluman, SAJ Ranhill sentiasa menjana keuntungan setiap tahun daripada operasi mereka membekalkan air terawat di seluruh negeri Johor.

Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) juga terlibat dalam aktiviti pelaburan terutamanya pegangan mereka dalam Senai Desaru Expressway (SDE) sebanyak 30% melalui YPJ Holdings.

Walaupun YPJ bertindak sebagai badan yang banyak menguruskan pendidikan di negeri Johor, YPJ juga perlu menjana keuntungan untuk memastikan pendidikan di negeri Johor terjamin.

Tiada banyak beza dalam sistem korporat antara Negeri Johor dan Persekutuan. Negeri-negeri lain juga mempunyai sistem yang sama.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker