Polisi

Sewa Bilik Serendah RM100 Sebulan, Khas Buat Para Bujang Kerja di KL

Berdasarkan Laporan Tahunan BNM 2017, didapati bahawa sehingga 27% isi rumah di Kuala Lumpur berpendapatan di bawah gaji kehidupan wajar.

gaji-kehidupan-wajar

Berapakah gaji kehidupan wajar ?

Berikut adalah anggaran dapatan yang diperoleh BNM. Hasil daripada laporan ini, dapatan ini telah dijadikan penanda aras supaya individu boleh mengenal pasti dimanakah tahap pendapatan masing-masing.

gaji-kehidupan-wajar

Dalam hal ini, bagi mereka yang masih bujang dan bergaji RM2,700 keatas mungkin tiada masalah untuk hidup selesa di bandar, terutamanya Kuala Lumpur.

Berita baik bagi mereka yang bujang, kerja dan bergaji rendah daripada RM2,000! Pada 20 Ogos 2019, DBKL telah buka pendaftaran untuk Perumahan Bandar (Micro Housing) DBKL, Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur.

Insentif ini berkonsepkan penyewaan bilik secara berkongsi. Kategori penyewaan bilik adalah mengikut bilangan katil dalam setiap bilik. Terdapat dua jenis iaitu :

  1. 1 bilik (4 katil)
  2. 1 bilik (6 katil)

Kadar sewaan yang dikenakan adalah serendah RM100 termasuk bil elektrik dan air. Deposit atau cagaran yang dikenakan adalah bersamaan dengan dua (2) bulan sewa.

Tempoh atau kontrak penyewaan adalah seperti berikut :

  1. 12 bulan (minimum)
  2. 18 bulan (maksimum)

Syarat-syarat penyewaan adalah seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berstatus bujang (Belum berkahwin)
  3. Berumur 18 – 35 tahun
  4. Pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan (mengikut kadar bantuan BSH 2019)
  5. Bekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (keutamaan diberikan kepada yang bekerja di dalam lingkungan 5 km radius dari Perumahan Bandar)
  6. Tidak memiliki rumah
  7. Keutamaan kepada mereka yang berasal dari luar Kuala Lumpur dan menetap melebihi daripada 25 km dari perumahan bandar
  8. Tidak mempunyai kereta
  9. Terbuka kepada golongan yang bekerja sahaja (golongan pelajar tidak layak)

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat diatas, anda boleh buat permohonan melalui laman sesawang berikut : http://eperumahan.dbkl.gov.my/erumah/

Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata pihaknya hanya menerima seramai 188 orang untuk fasa satu. Manakala fasa dua, hanya 135 orang sahaja.

Tambahan beliau, pihaknya telah memperuntukkan sebanyak RM7 juta untuk ubah suai bahagian dalaman dua blok tujuk tingkat premis 54 & 56 di Jalan TAR itu. Fasa satu melibatkan aras daripada lower ground sehingga tingkat 4, manakala selebihnya adalah fasa dua. Fasa kedua dijangka siap pada suku pertama tahun 2020.

Insentif ini kelihatan praktikal kerana ia menetapkan tempoh maksimum penyewaan iaitu selama 18 bulan. Ini bagi membolehkan orang lain juga dapat merasai peluang ini. Disamping kaedah ini dapat memastikan penyewa untuk buat persediaan dari segi kewangan selepas tamat tempoh penyewaan nanti.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker