Teknologi

Selamat Datang Wifi-6

Wi-Fi 6 (sebelum ini dikenali sebagai 802.11ax) adalah generasi teknologi tanpa wayar akan datang.

Bagi mereka yang kurang tahu, Wi-Fi 5 (802.11ac) pula adalah generasi sekarang yang kita gunakan.

Mengikut Statista, setakat Mac 2019, hampir 57% penduduk dunia mencapai akses kepada Internet. Dan jangkaan pada 2020 akan ada 6.58 peranti yang bersambung dengan Internet pada setiap penduduk dunia. Dimana penduduk dunia pada masa itu akan mencecah 7.5 bilion dan akan ada hampir 50 bilion peranti sambungan Internet pada masa itu nanti.

Menurut Tech Radar, WiFi 6 bukan sekadar memperbaiki kelemahan dari segi kelajuan daripada Wi-Fi 5, tetapi ia juga akan memperbaiki prestasi kualiti terutama dalam kawasan dimana terlalu padat dengan isyarat (signal) tanpa wayar, seperti blok apartment yang biasanya padat.

Dalam teknologi Wi-Fi 6, sistem yang ada dalam peranti router akan berupaya untuk melayan setiap sambungan peranti yang bersambung dengannya dengan lebih efisien dari segi kelajuan sambungan dan pada masa yang sama memastikan penggunaan tenaga yang lebih efisien (kurang memerlukan kuasa).

Analogi nya mudah, seperti sebuah trak kurier perkhidmatan yang ada kapasiti besar, tetapi beruoaya untuk berhenti pada banyak tempat untuk penghantaran.

Berbanding dengan Wi-Fi 5 yang ada had dimana router yang ada tidak mampu menangani sambungan setiap peranti yang bersambung dengannya. Lebih banyak peranti yang bersambung, lebih teruk kualiti sambungan.

Sebagai contoh, jika anda biasa melayari Internet di kedai mamak yang menyediakan ‘hot-spot’, dan dapati ramai yang membawa laptop dan cuba membuat kerja dengan menggunakan internet yang disediakan, anda akan dapati kualiti sambungan Internet agak teruk pada masa itu.

Router yang dilengkapi dengan Wi-Fi 6 direka untuk mengatasi masalah kesesakan trafik sambungan dan kelewatan penghantaran paket data.

Kemunculan Wi-Fi 6 sebenarnya logik dan juga bagus, bersesuaian dengan keberadaan dan kesediaan teknologi 5G kelak.

Apa yang penting, adalah pastikan lokasi dimana anda berada wajib mempunyai perkhidmatan internet yang bagus seperti High Speed Broadband atau 5G. Untuk memastikan Wi-Fi 6 boleh berfugsi dengan lebih efisien, dan anda benar-benar bermanfaat.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker