Umum

Saddiq Bukti Kejayaan PPSMI

Perlaksanaan semula PPSMI memang saya tahu akan mengundang pertikaian orang ramai. Ini kerana dari segi statistik pun, PPSMI telah merosakkan kualiti pendidikan negara. Ibaratkan beri pedang kepada tentera upahan yang tidak terlatih, memang gilalah kita harapkan tentera tu berjaya. 

Secara peribadi, saya merupakan produk PPSMI juga. Disebabkan dari kecil saya mempunyai pendedahan bahasa Inggeris yang meluas, perlaksanaan PPSMI tidak mendatangkan masalah langsung. Malah bagi saya, pada masa itu lagi mudah untuk belajar dalam PPSMI berbanding bahasa Melayu. Hakikatnya saya susah untuk buat Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu sekarang sebab tiada pendedahan pada zaman dahulu. Jadi jenuhlah nak terjemah.

Memang benar peringkat universiti pengajaran dalam bahasa Inggeris, tidak dinafikan. Namun begitu sangatlah penting untuk mengatakan bahawa 10 tahun antara 7-17 merupakan zaman “pertumbuhan”. Andainya saya tidak ada pendedahan bahasa Inggeris daripada tadika, MUSTAHIL saya boleh serasi PPSMI. Jadi sekarang bayangkan nasib-nasib anak-anak Melayu di luar bandar dan separa bandar. 

Bagi generasi yang lahir sekitar 1990-an, bukan semua ibu bapa yang hidup senang. Ikut cerita, ayah saya dulu gaji RM400 saja dengan kenaikan sedikit demi sedikit. Dengan RM400 inilah beliau (dan bantuan mak ambil upah menjahit) sara keluarga dengan pendedahan bahasa Inggeris – kerana mereka agak celik kepentingan bahasa Inggeris semasa usia muda mereka.

Sekarang ini bahasa Inggeris tidak salah. Ia merupakan bahasa kedua negara. Dan yang paling penting, ia bukan milik penjajah. Bertutur dalam bahasa Inggeris tidak melemahkan unsur Melayu. Sebaliknya perangai sendiri yang inferiority complex atau superiority complex sahaja yang menyumbang kearah tersebut. Semua anak Melayu wajib menguasainya. Malah kalau ingin menguasai bahasa Cina sekalipun, maruah orang Melayu takkan bergolek. Memetik daripada Tasjil Anis Salatin tulisan Farahana Shuhaimi, telinga penduduk Melaka dulu disapai 80+ bahasa. 

Baik. Kembali kepada Syed Saddiq yang menggelar dirinya bukti kejayaan PPSMI (Geraldine, 2020): 

Description: Macintosh HD:Users:angelos:Desktop:Screen Shot 2020-02-02 at 11.00.31 PM.png

Pengalaman belajar di Maktab Tentera Diraja semestinya berlainan dengan situasi semasa di sekolah-sekolah biasa. Tetapi itu pun satu hal juga. Jangan kira prestij MTD. Sebaliknya, ambil kira juga status Syed Saddiq sebagai Menteri Belia dan Sukan. Sekarang ini wajar dikatakan beliau bukti kejayaan pendidikan Bahasa Inggeris. Namun untuk mengatakan beliau bukti kejayaan PPSMI, ini masuk bakul, angkat sendiri, lempar ke langit dan landing macam payung terjun

PPSMI bukanlah medium untuk menajamkan bahasa Inggeris. Sebaliknya, ia MENGAJAR pelajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Sehingga mana Syed Saddiq bukan saintis dan pakar Matematik, beliau belum jadi bukti kejayaan PPSMI. 

Sumber:

Geraldine, T. (2020, February 2). Saya produk berjaya PPSMI, kata Syed Saddiq. Malaysia Kini. Retrieved from https://www.malaysiakini.com/news/509287

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain
Close
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker