Umum

Rusuhan Delhi Dimana Umat Islam Dibantai

Oleh: Nazef Iskandar Abdullah

Tidak sampai beberapa bulan isu penindasan etnik Uyghur yang beragama Islam di China, dunia dikejutkan pula dengan kekejaman rakyat India yang beragama Hindu terhadap orang Islam di sana.

Pembantaian terhadap orang Islam di sana semakin teruk tanpa ada kawalan yang baik oleh pihak kerajaan pimpinan Narendra Modi yakni seorang nasionalis Hindu.

Pembantaian ini berlaku bermula dengan pindaan undang-undang berkait kewarganegaraan iaitu Citizenship Amandment Act (CAA). Akta CAA ini memberi kelayakan kewarganegaraan kepada pendatang bukan Islam daripada Bangladesh, Pakistan, Afghanistan yang telah menetap di India melebihi 6 tahun.

Akta tersebut dianggap mendiskriminasi kelompok minoriti muslim di India yang berjumlah dalam anggaran seramai 200 juta orang. Kelompok muslim merasa CAA ini tidak adil karena hanya memberikan kewarganegaraan kepada imigran bukan Islam sahaja. 

Kelompok nasionalis Hindu terutama daripada Parti Bharatiya Janata yang menjadi  pendokong CAA menyokong akta ini karena mereka merasa negara India perlu melindungi identiti Hindu India yang selama ini mereka anggap terancam oleh kedatangan kelompok-kelompok imigran khususnya pendatang Muslim.

Rakyat India terutamanya orang Islam yang tidak setuju dengan akta CAA itu, telah mengadakan demonstrasi aman sejak bulan Disember tahun lepas di bandar-bandar seluruh India. Dan ada juga yang berkampung secara aman di jalanan dengan memasang khemah-khemah. 

Konflik ini makin teruk sejak minggu lalu, apabila protes damai kelompok Muslim anti-CAA diserbu kelompok nasionalis Hindu yang ekstrim  pro-CAA. Khemah-khemah orang-orang Islam turut dibakar oleh kelompok tersebut. 

Masjid Ashok Nagar di New Delhi turut dibakar oleh mereka. Orang-orang Islam dibantai beramai-ramai oleh mereka. Pembantaian makin teruk apabila polis kerajaan India di bawah Parti Bharatiya Janata (Nasionalis Hindu) menggunakan kekerasan terhadap para demonstran anti-CAA yang beragama Islam.

Menurut Sinar Harian pada 27 Februari, seramai 27 individu disahkan maut setakat ini dalam rusuhan terburuk di ibu negara India itu, dalam tempoh beberapa dekad. Selain itu, stesen minyak serta kedai-kedai turut dimusnahkan oleh kelompok ekstrimis tersebut.

Kepada semua orang aktivis terutama aktivis hak asasi manusia untuk bersama-sama bersoladariti terhadap nasib orang Islam yang ditindas dii India. Tembaklah menggunakan senjata iaitu doa kepada mereka supaya umat Islam di sana mendapat keadilan yang sepatutnya. 

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain
Close
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker