IkonInfo Niaga

Rupanya Pengasas OYO Rooms Bermula Sejak Umurnya 18 Tahun

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa tiba-tiba sahaja ada banyak OYO Rooms ni? Siapa pemilik hotel ni ?  Bagaimana OYO Rooms boleh tumbuh ibarat cendawan selepas hujan ?

Seperti mana startup lain, begitulah juga OYO. Sebuah perniagaan hotel yang tidak mempunyai hotelnya sendiri. Ia lebih kurang seperti Airbnb, mendapatkan kontrak dengan pemilik hartanah kemudian menyewakan semula.

Perbezaannya berbanding aggregator hotel yang lain adalah OYO fokus pada bilik bajet dengan standard yang telah ditetapkan. Disamping itu, OYO sebenarnya menyelesaikan masalah kebanyakan pemilik hotel hadapi iaitu kekosongan bilik.

Menurut edtimes.in, contohnya sebuah hotel bajet ada 15 bilik tetapi secara purata, hanya 10 bilik sahaja yang penuh setiap bulan. Jadi, pemilik hotel sewakan 5 bilik ini kepada OYO dengan kadar yang dipersetujui (lebih rendah daripada biasa) dan OYO akan ubah standard bilik ini mengikut parameter mereka sendiri. Seterusnya bilik ini akan dimasukkan dalam platform OYO dengan harga yang lebih murah berbanding pasaran.

Disebabkan OYO masih baru ditambah dengan persaingan yang sengit, OYO terpaksa mempromosi dengan tawaran diskaun yang tak masuk akal. Dengan adanya pelabur-pelabur besar, ia tidak menjadi masalah buat masa ini. Malah berdasarkan laporan tahunan OYO, pada hujung Jun 2017, OYO telah mencatat nilai tempahan hampir $100 juta dan perkembangan dari sudut revenue sebanyak 12 kali ganda berbanding 2 tahun sebelumnya.

Walaubagaimanapun, kini model bisnes OYO Rooms telah berubah daripada konsep sewa kepada konsep francais. Dengan ekuiti jenama yang diperolehi OYO Rooms, kini OYO tidak perlu menyewa bilik lagi. Sebaliknya meminta (demand) pemilik hotel untuk bekerjasama mempromosikan bilik hotel, dan sebagai balasan OYO Rooms akan memperoleh komisyen sebanyak 22% (komisyen berdasarkan servis yang ditawarkan oleh OYO).

Siapa Pengasas OYO Rooms ?

Agarwal, atau nama penuhnya Ritesh Agarwal berumur 25 tahun, daripada New Delhi, India telah memulakan platform hotel bajet atas talian sejak tahun 2011 lagi. Tika itu umurnya adalah 18 tahun, dimana ia bermula sebagai Oravel Stays, sebuah aplikasi yang seakan mirip Airbnb versi India.

Pada tahun 2013, beliau merupakan satu-satunya warga India yang telah terpilih dalam program Peter Thiel Fellowship. Program berprestij ini dicipta oleh founder PayPal, Peter Thiel, sebuah program untuk mereka berumur 23 tahu kebawah yang diberikan dana sebanyak $100 ribu, diberikan panduan selama 2 tahun dan hanya 20 orang sahaja yang akan dipilih setiap tahun.

Setelah beliau graduasi daripada program tersebut, Oravel telah dijenamakan kepada OYO untuk membezakan model bisnes seperti Airbnb. OYO memfokuskan sebagai sebuah rangkaian atau marketplace untuk hotel bajet dan bilik di India. Sebagai satu platform, OYO telah menetapkan standard dimana bilik-bilik yang ada dalam platform OYO perlu menepati beberapa parameter daripada sudut kebersihan sehingga penyediaan WIFI dan servis bilik.

Pada Disember 2012, OYO Rooms telah mula menerima dana pemulaan (seed funding). Diikuti dengan pelaburan daripada Lightspeed Venture Partners (LSVP) dan DSG Consumer Partners pada Julai 2013. Seterusnya pada Mei 2014, OYO Rooms menerima lagi $650,000 daripada Sequoia Capital and LSVP.

“With this additional funding, we plan to rapidly scale our business in these countriees, while continuing to invest further in technology and talent”, kata Agarwal, kata CEO dan Pengasas OYO Rooms.

Disebalik kejayaan yang kita dengar daripada kisah penubuhan OYO Rooms, ada juga cerita sisi gelapnya.

Dua tahun selepas beroperasi, pada tahun 2015, satu penyiasatan dijalankan setelah tular kisah sebenar bagaimana OYO Rooms terjadi dalam laman web livemint.com. Secara am nya, apa yang diceritakan di media dan dalam bukunya The Encyclopaedia of Indian Engineering Colleges yang dicetak pada tahun 2011 dan terjual lebih 1000 cetakan adalah satu penipuan dan berbeza daripada perkara sebenar yang terjadi.

Selepas itu, beberapa siri buruk yang menjatuhkan imej OYO telah berlaku seperti dinyatakan dalam Quartz India.

Walaupun begitu, OYO terus mara ke hadapan dengan memasuki pasaran China yang mempunyai saiz dua kali ganda lebih besar daripada India.

Tapi, cabarannya sangat sengit dimana OYO akan berhadapan dengan Jin Jiang, sebuah syarikat hospitaliti kelima terbesar dunia selain Airbnb. Sepuluh bulan selepas itu, OYO Rooms telah menapak lebih 171 bandar dengan 87,000 bilik (September 2018).

Nasibnya baik kerana mempunyai ‘godfather’ di China iaitu Huazhu Group, sebuah firma pengurusan hotel yang bernilai berbilion dollar, telah melabur sebanyak $10 juta dalam OYO Rooms pada September 2017.

Kepelbagaian atau diversification adalah keutamaan OYO. Pada awal 2017, OYO telah melancarkan OYO Townhouse. Kemudian, berganjak dengan memasukkan rumah ke dalam platformnya selain bilik sahaja. Yang terkini, OYO telah menceburi industri pengurusan perkahwinan iaitu Weddingz.in, dimana mensasarkan segmen berpendapatan rendah untuk mendapatkan tempat dan pengurusan perkahwinan yang sesuai dengan mereka.

Seterusnya, OYO Rooms mengorak langkah dan melebarkan sayapnya ke Malaysia, Nepal dan UK.

Pada September 2018, Oyo Rooms mengumumkan bahawa mereka berjaya meraih dana sebanyak $1 bilion (RS7,200 crore). Pelabur pula bukan calang-calang syarikat, iaitu SoftBank Vision Fund, Sequoia Capital, and Lightspeed Venture Partners. Ketiga-tiga pelabur ini telah pump-in sebanyak $800 juta dan masing-masing akan menambah lagi pelaburan sebanyak $200 juta.

Sekaligus ini menjadikan OYO adalah startup atau aplikasi unicorn di India dan merupakan startup kedua paling mahal selepas One97 Communications, aplikasi pembayaran digital yang dijual kepada Warren Buffett’s Berkshire Hathaway sebanyak $356 juta pada Ogos 2018.

Sekarang ini, OYO telah mempunyai seramai 700 pakar teknologi yang menggerakkan OYO (2018). Pada 2020, seramai 2,020 pakar teknologi disasarkan untuk bersama-sama dalam inovasi teknologi ini.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker