Ad
Umum

Rompak Tabung Haji

Ada yang bertanya, kenapa kita patut ambil berat dengan tindakan penjualan aset Tabung Haji sedangkan deposit kita sudah dijamin oleh kerajaan (Seksyen 24 Akta Tabung Haji)?

Benar, tetapi hakikatnya tindakan-tindakan ini akan memberikan kesan kepada hibah, subsidi haji dan keunggulan ekonomi Islam.

Saya bagi contoh sektor komoditi. Apabila TH Plantation Bhd (THP) memilih untuk menjual sekitar 75 ribu hektar ladang sedia ada kepada pihak ketiga, maka kemampuan anak syarikat TH ini bagi memberi pulangan kepada Tabung Haji akan terjejas pada masa akan datang.

Ad

Naratif yang dimainkan (termasuk oleh Utusan Malaysia) bahawa hutang THP adalah sebanyak RM1.24 bilion seolah-olah ia adalah sesuatu bebanan besar. Tapi yang tidak diberitahu adalah aset THP itu sendiri bernilai lebih RM3 bilion. Jadi apa masalahnya kalau hutang tak sampai separuh daripada nilai aset?

Cuba tengok diri kita. Duit dalam bank tak sampai pun sepuluh ribu, elok pula angkat loan MyVi RM50 ribu.

Kenapa sampai sekarang kita tak bangkrap pun?

Hutang ni bukan bayar sedebuk tuan-tuan. Hutang boleh distruktur semula.

Strategi merosakkan akal fikiran rakyat ni dah sama macam naratif hutang RM1 trilion zaman dulu.

Dan saudara semua kena ingat, syarikat sawit hari ini semuanya mempunyai kekangan membuka ladang baru disebabkan oleh polisi NDPE (No Deforestation, Peat and Exploitation).

Kalau kita langgar, kita akan bermasalah untuk hantar sawit kita untuk ditapis memandangkan 83% kilang penapis di Malaysia dan Indonesia sudah menerima pakai polisi ini.

Jadi satu2nya cara bagi Tabung Haji untuk meningkatkan semula pegangan selepas ini adalah dengan membeli ladang sedia ada. Ladang sedia ada sangat mahal. Jadi bagaimana nak beli semula?

Setakat nak jaga ladang 20 ribu hektar, buat apa yang atas tu gaji mengalahkan Menteri? Bagi gaji 5 ribu sudahlah.

Inilah contoh bahawa pengurusan sedia ada (lantikan PH) adalah tidak kompeten. Ditambah dengan kerajaan pada ketika itu yang jenis blur, maka THP buat kali pertama dalam sejarah penubuhannya telah merekodkan kerugian sebelum cukai melebihi RM678 juta (2018).

Apa yang berlaku adalah antara punca kenapa hibah 2018 adalah terendah dalam sejarah serta perbincangan bagi mengurangkan subsidi haji (menaikkan kos haji) juga bermula pada zaman tersebut.

Seolah2 bantuan haji ini satu beban. Padahal bukan duit kerajaan pun. Semuanya duit keuntungan pelaburan daripada simpanan pendeposit yang akhirnya menjadi pahala berpanjangan.

Bandingkan dengan zaman DS Najib. Kos haji tidak pernah naik sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri. Malahan terdapat 3 kali usaha daripada pengurusan TH pada zaman beliau untuk menaikkan bayaran haji, semua ditolak mentah-mentah.

Alasan sangat mudah. Awak semua gaji mahal-mahal takkan kerjanya setakat fikir nak hapus bantuan?

Oleh itu sahabat-sahabat sekalian, saya minta untuk saudara semua ambil sedikit masa dan tandatangan petisyen yang disediakan oleh saya dan beberapa sahabat lain.

Kerajaan hari ini bukannya sebuah kerajaan yang kuat. Mereka perlu didesak untuk mengambil berat perasaan rakyat. Tengku Razaleigh dalam wawancara pada hujung bulan lepas menyebut, antara sebab PH kehilangan sokongan dan kuasa adalah apabila mereka mengabaikan sensitiviti umat Melayu dalam isu Tabung Haji.

Dan sekiranya ada parti dalam kerajaan yang masih mahu meneruskan naratif kerajaan PH yang melemahkan Tabung Haji, maka mereka juga akan menerima nasib sepertimana PH alami hari ini.

Tandatangan tuan-tuan

Petisyen:

ROMBAK TABUNG HAJI KERANA GAGAL MENDOKONG MANDAT DAN MATLAMAT PENUBUHANNYA. Do you agree?
http://chng.it/wFnnckmc

Ditulis oleh: Abdul Rahim Hilmi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Back to top button