Umum

Ringgit, Yen dan Bon Samurai

Adakah kadar bayaran semula bon samurai akan meningkat jika Ringgit melemah berbanding Yen?

Bagi menangani kesan kenaikan Yen, samurai bon ini telah dilindung nilai (hedged). Apakah yang dimaksudkan dengan lindung nilai?

Sebagai contoh, syarikat penerbangan hedge harga minyak supaya dia boleh kekalkan kos operasi. Katakan kosnya adalah USD50, maka syarikat akan hedge dengan cara membeli (long) oil, dia beli minyak pada harga USD50 di pasaran hadapan (futures market). Jika minyak naik harga syarikat akan untung and keuntungan itu akan digunakan untuk menampung kenaikan kos sebab harga minyak meningkat. Jika minyak turun harga, syarikat akan rugi di pasaran hadapan tapi kos operasinya masih kekal rendah.

Ini jika semuanya berjalan cantik.

Tapi sekiranya harga minyak bergerak melepasi ambang (treshold), keuntungan daripada jual beli di pasaran hadapan tersebut tidak akan cukup untuk menampung kos kenaikan harga minyak bagi syarikat penerbangan tersebut. Jadi jika minyak bergerak melepasi harga itu, kos penerbangan akan meningkat dan syarikat terpaksa menanggung kenaikkan kos tersebut.

Ini yang kita panggil sebagai keberkesanan lindung nilai (hedging effectiveness).

Berbalik kepada bon samurai, masih ada benda yang perlu kita risaukan jika MYR terus jatuh berbanding JPY. Adakah hedge kita berkesan?

Hedging tidak boleh menghapuskan keseluruhan risiko. Risiko masih lagi ada, jika MYR bergerak melebihi nilai ambang tertentu, risiko itu akan datang semula.

Untuk menjadikan strategi hedge ini berkesan, banyak faktor perlu dikira dengan lebih tepat. Saiz hedge position kena tepat, masa kena tepat dan harga juga kena tepat .

Guan eng ada cakap kos hedge kita akan menyebabkan kadar untuk bon samurai itu akan meningkat menjadi 4% (kadar yang lebih kurang sama dengan bon tempatan) . Berdasarkan kiraan 4% daripada Guan Eng dan mengikut perkiraan saya, nilai ambang bagi kadar MYR/JPY adalah lebih kurang 45%. Jika MYR melemah lebih daripada 45%, kos bayaran semula bon samurai akan menjadi mahal.

Pernah tidak MYR/JPY lemah lebih daripada 45%? Pernah, pada tahun 90an MYR/JPY pernah lemah 100% . Harapnya perkara ini tidak berulang lagi.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker