Fakulti Ekonomi

Revolusi Perindustrian Pertama dan Kedua

Ambang Revolusi Perindustrian 4.0 mencetuskan pelbagai jenis inspirasi untuk membayangkan dunia pada tahun 2060 misalnya. Berlaku jujur kepada sifat manusia, ramai dalam kalangan populasi semasa mungkin tidak mampu melihat apa yang bakal berlangsung. Namun dunia tetap bergerak pada paksi masa yang mana Revolusi Perindustrian sulung sebenarnya berlangsung selama 100+ tahun. Secara asasnya, Revolusi Perindustrian merupakan zaman dimana pengeluaran barangan dikilangkan secara pesat.

Atas sebab inilah ramai dalam kalangan penduduk-penduduk kampung berhijrah ke bandar untuk mencari nafkah. Bidang yang diceburi juga memberikan ilham untuk membangunkan teknologi-teknologi baharu. Disebabkan cara hidup yang berlainan, manusia memikirkan teknik-teknik untuk mempercepatkan apa-apa jua proses. Salah satu perkara yang mula dianggap bosan ialah perjalanan jauh pergi-balik menaiki kereta kuda.

Oleh kerana statusnya sebagai empayar maju, British merupakan pihak yang meletakkan bata pertama bagi Revolusi Perindustrian. Inovasi daripada cerdik-pandai British mencetuskan pembaharuan dalam pelbagai jenis industri, seperti tekstil yang biasanya dibuat dari rumah. Sumber bahan api seperti arang batu yang dilombong British juga digunakan secara berleluasa.

Apabila British menerapkan langkah-langkah serius, negara-negara lain pun mula turut serta. Revolusi Perindustrian kian berterusan ke awal abad ke-20 dimana penggunaan elektrik dan jenis pengeluaran automatik memudahkan pelbagai perkara. Seperti biasa, budaya-budaya sedunia mengharungi evolusi yang mana bandar-bandar besar semakin ramai. Amerika Syarikat yang mula timbul sebagai “The American Dream” menarik imigran-imigran dari Itali sebagai contohnya mula mengenali implikasi-implikasi kegagalan kebersihan.

Hak asasi manusia juga cukup berbeza, kerana para pekerja terdedah kepada segala jenis hazad atas kekurangan akta untuk memperjuangkan kebajikan mereka. Sebarang suara dianggap sumbang boleh menyebabkan pemberhentian. Maka rakyat perlu membanting tulang empat kerat meskipun pada usia kanak-kanak sebelum kewujudan kesatuan-kesatuan kerja yang memaksa kerajaan wujudkan peraturan kepada majikan.

Revolusi Perindustrian dipermudahkan apabila sumber ilmu bertebaran disebabkan kos cetakan menurun. Teknik cetakan menggunakan kuasa wap (steam power) membolehkan pengeluar cetak secara besar-besaran yang mencambahkan pula syarikat-syarikat berita. Dan perubahan paling besar yang dibuat semasa zaman ini ialah lokasi kilang sendiri.

Sekarang sudah jadi suatu kebiasaan apabila kilang dikelilingi apa-apa sahaja, tidak kira bangunan atau hutan. Namun sebelum revolusi berlaku, kilang perlu dibina di tepi sungai supaya arusnya boleh menolak roda air yang dijadikan sebagai janakuasa.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker