Ad
Umum

Revolusi Media Ke Arah Digital

Revasia Berhad, nama syarikat ini mungkin ada yang tidak berapa kenal tapi jika nama-nama seperti Says, Oh Bulan, Juice dan My Resipi sudah pasti lebih ramai yang mengenalinya.

Revasia berhad merupakan pemilik kepada semua portal diatas. Syarikat itu dibangunkan oleh 3 orang. Patrick Grove, Khailee Ng dan Joel Neoh. Ianya sebuah syarikat startup yang duduk dibawah Catcha.

Ianya berpindah milik pada tahun 2017 apabila gergasi syarikat media, Media Prima Berhad membeli Revasia dengan harga RM105 juta. Pembelian itu untuk meningkatkan kehadiran syarikat gergasi media itu didalam dunia media sosial.

Ad

Portal-portal diatas mempunyai 5 juta pengguna setiap hari, 1 juta kongsian (share) dan juga mempunyai 300 pelanggan mengiklankan produk mereka.

Pembelian ini boleh ditafsirkan yang dunia sekarang berada didalam fasa peralihan. Media internet didalam fasa peralihan untuk menjadi media arus perdana manakala media konvensional seperti TV dan surat khabar sudah mula tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.

Berdasarkan statistik, jumlah penonton televisyen sudah mula menurun. TV3 menyaksikan penurunan 8%, TV1 menurun sebanyak 5% dan TV2 menurun sebanyak 9% dalam tempoh 4 tahun.

Memandangkan entry cost untuk media di internet ini agak rendah, banyak portal-portal tumbuh bagai cendawan selepas hujan dan ianya mensasarkan target pembaca atau penonton tersendiri.

My Two Cents menyasarkan untuk menjadi portal perniagaan, ekonomi dan kewangan berbahasa melayu dan cuba untuk menjadi portal yang mempunyai kredibiliti dan menjadi pilihan utama kepada komuniti perniagaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Back to top button