Polisi

Reviu Inisiatif Belanjawan 2019: Pengangkutan

REIT Airport (0 bintang)

Dalam Belanjawan 2019, kerajaan mengumumkan suatu levi pelepasan yang dinamakan Amanah Pelaburan Hartanah Lapangan Terbang (Airport REIT). Bermula dengan 1 Jun, 2019, sebuah dikenakan terhadap sesiapa sahaja yang berlepas ke luar negara. Bagi negara-negara Asean, penumpang tersebut dikenakan bayaran RM20. Manakala kawasan lain pula levinya RM40. REIT ini merupakan satu-satunya dalam dunia ini, disasarkan boleh mengumpul RM766 juta setiap tahun.

Tentu sekali perlaksanaan REIT boleh memudahkan kerajaan supaya menjana keuntungan sebagai penampan terhadap perbelanjaan modal lapangan terbang. Namun di sebalik segala kerumitan, kerajaan masih gagal melaksanakannya.  Dalam pada itu, kerajaan juga berhasrat untuk menjual sahamnya dalam aset lapangan terbang dengan harapan menjana RM4 bilion.

Maka atas kegagalan ini yang tiada langsung kaitan dengan bebanan kerajaan lama, selayaknya digelar gagal.

Bekukan Kenaikan Tol (3 bintang)

Tol merupakan isu yang sangat sensitif kerana anggota-anggota kerajaan Harapan telah sekian lama menggemburkan pemansuhannya menerusi gabungan pendahulunya iaitu Pakatan Rakyat. Ketika itu ahli-ahli politik pembangkang dilihat cekap dengan formula-formula tersendiri dalam mengendalikan bebanan tol. Namun setelah membentuk kerajaan, tiada perlaksanaan dibuat melainkan membekukan kenaikan tol yang kerajaan lakukan dengan jayanya.

Pada 12 Disember 2018, kerajaan telah membekukan kenaikan tol bagi semua kelas kenderaan di 21 lebuhraya sehingga tahun seterusnya (11 Disember 2019). Pampasan sebanyak RM972.75 juta dibelanjakan kepada syarikat-syarikat konsensi. Maka atas keprihatinan kerajaan dalam membendung bebanan rakyat, tiga bintang boleh diberikan kerana ia merupakan dasar yang dilaksanakan.

Hapus Tol Motosikal Pulau Pinang dan Tambak Johor (3 bintang)

Semasa membekukan kenaikan tol di 21 lebuhraya, kerajaan juga telah menghapuskan tol bagi laluan motosikal di Jambatan-Jambatan Pulau Pinang dan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Dan pada masa yang sama, Lebuhraya Laluan Kedua di Johor juga dimansuhkan tolnya kepada motosikal. Tanggungan yang dibuat pula ialah RM994.43 juta setiap tahun. Pemansuhan ini merupakan langkah pertama kepada janji Pakatan Harapan untuk menghapuskan tol sepenuhnya bagi Pulau Pinang. Dalam hal ini, tiga bintang penuh boleh diberikan.

Tambak Johor – Autogate Automated Clearance System dan M Bike (3 Bintang)

Bagi warga Johor, Malaysia Automated Clearance System (MACS) merupakan satu perkara yang penting. Kerajaan Harapan telah membekukannya sehinggalah 19 Jun 2019 yang mana kerajaan membukakan permohonan MACS semula dengan alat pengimbas yang maju. MACS ini disasarkan penggunaan serta fungsinya bagi pengunjung-pengunjung yang memasuki Malaysia dari Singapura. Tetapi perlaksanaannya hanya sah tertakluk bagi pemegang-pemegang pas kunjungan sosial jangkamasa panjang sahaja.

Pada Ogos 2018, seramai 500,000 warga Singapura (dan negara lain) didaftarkan dibawah MACS. Namu kelemahan sistem yang diwarisi kerajaan Harapan telah membenarkan penyalahgunaan dalam kalangan pengunjung bukan jangkamasa panjang. Ramai dalam kalangan warga asing juga memasuki Malaysia untuk berlepas ke luar negara tanpa pengesahan pasport dengan sempurna dari Malaysia. 

Pas Pengangkutan My50/My100 Tanpa Had (3 bintang)

Kerajaan dibawah Kementerian Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook telah melaksanakan banyak pendekatan untuk membendung bebanan pengangkutan awam. Antaranya ialah pas pengangkutan awam. Pada 2 April 2019 sahaja, seramai 117,506 gunaan dijangka mendapat manfaat daripada My100 untuk Lembah Klang sahaja. Bagi Januari dan Februari 2019 sahaja, dianggarkan penggunaan pengangkutan awam meningkat sebanyak 35.6 juta penumpang (pengguna berulang).

MRT Sungai Buloh-Kajang pula menyaksikan peningkatan 33%. Pas pengangkutan My50 juga diumumkan pada 8 Januari 2019 bakal merangkumi Pulau Pinang pun. Dan berdasarkan laporan akhbar pada 10 September 2019, pas ini telah dimulakan di Pulau Pinang.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

Close
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker