Polisi

Reviu Inisiatif Belanjawan 2019 : Kesihatan

Peruntukan bajet untuk sektor kesihatan pada tahun 2019 sebanyak RM29 bilion itu telah meningkat sebanyak 7.8 peratus berbanding RM26.5 bilion dalam Bajet 2018. Sekaligus ini merupakan bajet yang tertinggi dalam sejarah pembentangan bajet.

Antara perincian bagi sektor kesihatan adalah :

  1. RM10.8 bilion bagi kos membaik pulih hospital dan klinik serta pembelian ubat-ubatan dan kelengkapan
  2. Pengenalan Dana Perlindungan Kesihatan Nasional B40 bermula 1 Januari 2019
    • Perlindungan percuma ke atas 4 penyakit kritikal utama sehingga RM8,000
    • Maksimum 14 hari pendapatan gantian semasa rawatan hospital dengan kadar RM50 sehari bersamaan RM700 setahun
  3. Pengenalan Skim Perlindungan Kesihatan (PEKA) dengan projek perintis pelaksanaan saringan kesihatan untuk golongan B40 berumur 50 tahun ke atas melibatkan 800,000 orang.
  4. Sasaran ke arah Malaysia Bebas Asap Rokok pada tahun 2045 dengan memperluaskan kawasan larangan merokok merangkumi semua restoran atau kedai makanan yang akan diwartakan mulai Januari 2019.
  5. Peruntukan RM50 juta bagi rawatan penyakit jarang jumpa (rare disease), rawatan virus Hepatitis C, program menangani masalah pertumbuhan bantut dikalangan kanak-kanak, saringan dan peluasan rawatan hemodialisis serta Enhanced Primary Healthcare (EnPHC)
  6. Pengenalan duti eksais mulai 1 April 2019 kadar 40 sen per liter ke atas minuman bergula dalam dua kategori yang ditentukan
peruntukan-sektor-kesihatan

Skim Perkhidmatan Kesihatan

Skim ini terbahagi kepada dua iaitu Skim MySalam (dibawah umur 50) dan PeKa B40 (berumur lebih 50 tahun).

Skim MySalam

Bagi program MySalam, kerajaan tidak mengeluarkan apa-apa perbelanjaan. Ini kerana hasil persetujuan pihak kerajaan dengan syarikat asing iaitu Great Eastern Holding.

Walaupun kerajaan menafikan bahawa program ini tidak memberi keuntungan kepada syarikat asing tersebut, namun ada beberapa perkara yang menjadi tanda tanya. Penulis ada menulis hal ini dalam artikel yang lain.

Baca : Skim MySalam, Siapa Yang Untung Sebenarnya?

Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40)

Manakala bagi program Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah dengan memfokuskan terhadap jenis penyakit tidak berjangkit (Non Communicable Disease).

Program ini dibiayai sepenuhnya kerajaan dengan peruntukan permulaan RM100 juta itu dan mensasarkan seramai 800,000 orang yang menerima Bantuan Sara Hidup dan pasangannya yang masing-masing berumur 50 tahun ke atas.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye , lebih 100,000 individu telah mendaftar bagi menjalani ujian saringan kesihatan di klinik swasta dan klinik kesihatan di seluruh negara di bawah program ini.

Sasaran seramai 800,000 tidak dinyatakan secara spesifik sama ada untuk tahun ini sahaja atau sepanjang tempoh pemerintahan kerajaan. Walaubagaimananpun, jika peruntukan tersebut untuk tahun ni, boleh dikatakan tidak tercapai matlamatnya. Kita juga boleh lihat bagaimana promosi program ni agak sepi dan tidak menyeluruh.

Bukan itu sahaja, pada Ogos 2019, Kementerian Kesihatan telah menurunkan had umur daripada 50 tahun keatas kepada 40 tahun keatas. Ini adalah kerana, bilangan penerima BSH yang berumur 50 tahun keatas hanya 40,119 orang berbanding sasaran 800,000 orang yang ditetapkan sebelum ini.

Disini kita boleh lihat bagaimana pelan perancangan belanjawan kerajaan, sama sahaja seperti pembikinan manifesto iaitu ‘tabur’ dulu tanpa buat kajian sebelum merangka sesuatu pelan.

Malaysia Bebas Asap Rokok Tahun 2045

Kementerian Kesihatan telah mewartakan premis makan sebagai tempat larangan merokok pada 1 Januari 2019 dan memberi tempoh penguatkuasaan pendidikan sehingga 1 Julai 2019.

Pada awalnya, program ini kelihatan berjaya dan menjadi kejayaan terbesar kerajaan hari ini. Dalam banyak-banyak program ini lah yang paling boleh dibanggakan.

Disangkakan panas sampai ke petang, sekali hujan di tengah hari. Tak lama kemudian, pelekat larangan merokok hanya menjadi sekadar hiasan dan pemilik kedai makan hanya sekadar ikut arahan undang-undang. Dari segi pelaksanaan sangat longgar, perokok yang dulu kecoh jaga jarak 3 meter sudah berani merokok diruangan kedai semula.

Kemudian kementerian melanjutkan tempoh penguatkuasaan pendidikan lagi 6 bulan sehingga Disember. Keputusan ini agak mengejutkan bagi mereka yang tidak merokok kerana menantikan tindakan tegas dikenakan pada mereka yang melanggar undang-undang. Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bertujuan membolehkan kerajaan meningkatkan usaha membantu perokok berhenti merokok.

Kita bukan nak salahkan perokok, tapi kita meletakkan harapan pada kerajaan untuk menguruskan isu ini. Malangnya, sekali lagi kita lihat program yang dirancang tidak begitu masak dan berubah-ubah.

Bila mana suatu sektor itu mendapat peruntukan yang lebih besar berbanding sebelum ini, kita menjangkakan impak yang lebih besar. Tapi, anda sebagai rakyat boleh menilai sendiri.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker