Polisi

Reviu Inisiatif Belanjawan 2019: Kebajikan

Bantuan Sara Hidup (3 bintang)

Rating sebanyak tiga bintang diberi kepada Bantuan Sara Hidup (BSH) semasa Belanjawan 2019 kerana dilihat berusaha menambahbaik pemberian bantuan bersasar kepada golongan B40. Dalam belanjawan tersebut, kadar BSH yang ditentukan bagi golongan isu rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah ialah RM1,000. Isi rumah berpendapatan bulanan daripada RM2,001 hingga RM3,000 ke bawah pula akan menerima bantuan berjumlah RM750. Sementara isi rumah berpendapatan bulanan daripada RM3,001 hingga RM4,000 akan diberikan bantuan bernilai RM500.

Kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah juga disediakan tetapi terhad kepada empat orang. Ini bermakna bagi golongan isi rumah dengan pendapatan RM2,000 ke bawah dan mempunyai empat orang anak, bantuan yang akan diterima secara keseluruhan ialah RM1,480, tinggi sedikit berbanding Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang diberi sebelumnya iaitu sebanyak RM1,200.

Skim caruman i-Suri (1 1/2 bintang)

Menerusi Belanjawan 2019, kerajaan memperuntukkan RM45 juta untuk skim persaraan surirumah di bawah program e-Kasih. Ini bagi menggalakkan para suami menyumbang kepada dana persaraan isteri mereka. Bagi setiap sumbangan sebanyak RM5, kerajaan akan menyumbang RM40 sebulan. Ini dapat membantu surirumah termasuk ibu tunggal dan balu mula menyimpan simpanan dengan bebas. Walaupun ada yang beranggapan perlaksanaan i-Suri tepat pada masanya, ada yang berpandangan sumbangan yang dibuat tidak cukup kerana tidak mengambil kira isu kenaikan kos sara hidup hari ini. Tambahan pula, wujud rungutan ramai pihak yang sepatutnya layak mendapat i-Suri tidak layak mendapatnya seperti golongan ibu tunggal. Justeru, rating bagi inisiatif ini ialah 1 1/2 bintang.

Subsidi minyak bersasar (0 bintang)

Sejak diumumkan dalam Belanjawan 2019, belum ada tanda ia akan dilaksanakan walaupun tarikh belanjawan baru bakal menjelang tidak lama lagi. Pada mulanya, ia dijangka akan dilaksanakan pada suku kedua tahun ini tetapi kemudiannya ditangguhkan atas alasan ia masih dalam peringkat pengumpulan data. Kemudiannya, pada hujung bulan lepas, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chien Jen mengumumkan pemberian subsidi akan dibuat dengan menjadikan kadar penggunaan elektrik pengguna sebagai penentu sama ada mereka layak atau tidak.

Ini mengakibatkan cadangan ini menjadi bahan ketawa pengguna media sosial. Dan akhirnya beberapa hari lepas, kerajaan mengumumkan subsidi disalurkan dalam bentuk wang tunai dan disalurkan terus kepada akaun penerima BSH yang mempunyai kenderaan dan motosikal dengan kapasiti di bawah 1,500 cc dan 125 cc. Namun, cadangan itu akan terus diperhalusi sekaligus menandakan ketidaktentuan sama ada dapat dilaksanakan atau tidak. Dengan situasi pemberian subsidi ini masih belum selesai, maka selayaknya 0 bintang diberi kepada inisiatif ini.

Dan akhirnya beberapa hari lepas, kerajaan mengumumkan subsidi disalurkan dalam bentuk wang tunai dan disalurkan terus kepada akaun penerima BSH yang mempunyai kenderaan dan motosikal dengan kapasiti di bawah 1,500 cc dan 125 cc. Namun, cadangan itu akan terus diperhalusi sekaligus menandakan ketidaktentuan sama ada dapat dilaksanakan atau tidak. Dengan situasi pemberian subsidi ini masih belum selesai, maka selayaknya 0 bintang diberi kepada inisiatif ini.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker