Polisi

Reviu Inisiatif Belanjawan 2019: Inisiatif Lain

PTPTN (0 Bintang)

Cadangan asal dalam Belanjawan adalah pembayaran semula berdasarkan potongan gaji berjadual antara 2% hingga 15%. Namun setelah mendapat reaksi negatif daripada rakyat, cadangan tersebut tidak diteruskan.

Manakala inisiatif potongan cukai kepada syarikat yang membantu pekerja tidak mendapat sambutan. Setakat Septemper 2019, hanya enam syarikat membayar kira-kira RM98,000 untuk pekerja mereka.

Secara keseluruhannya tiada sebarang penambahbaikan dalam isu PTPTN, malahan inisiatif yang baik daripada kerajaan terdahulu seperti diskaun tidak diteruskan.

Pelan Gantian Optik dan Kesalinghubungan Negara, NFCP (1/2 Bintang)

Sejumlah RM1 bilion diperuntukkan bagi melaksankan NFCP bagi membangunkan infrastruktur jalur lebar berkelajuan 30 Mbps dalam tempoh 5 tahun. Namun tidak sampai setahun peruntukkan bagi NFCP telah ditingkatkan sehingga RM21.6 bilion pada Ogos 2019.

Dalam pada itu, kerajaan berjaya menurunkan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) sebanyak 30% berbanding sasaran 25% pada tahun 2018.

Gaji Minimum RM1,100 (2 Bintang)

Berdasarkan kajian daripada Kementerian Sumber Manusia, 30% daripada majikan tidak mematuhi perintah gaji minimum yang telah ditetapkan. Mekanisme pemantauan perlu ditambah baik bagi memastikan semua majikan mematuhi perintah gaji minimum.

Platform Penjanaan Dana Masyarakat, FundMyHome (1 Bintang)

Platform ini diperkenalkan bagi membantu rakyat memiliki rumah melalui konsep property crowdfunding dengan kerjasama Edgeprop. Dapatan daripada laman fundmyhome.com, hanya ada 7 projek disenaraikan dan modal minima diperlukan adalah RM61,400. Platform ini telah gagal membantu rakyat kebanyakan membeli rumah terutama mereka yang berpendapatan rendah.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker