Kewangan

Return of Equity (ROE)

Return of Equity (ROE) digunakan untuk melihat keberkesanan pihak pengurusan sesebuah syarikat untuk menjana pulangan atas aset syarikat yang sedia ada. Ia juga adalah salah satu indikator yang penting untuk lihat prestasi kewangan sesebuah syarikat.

Formula ROE

roe

Manakala formula Ekuiti Pegangan Saham pula adalah seperti berikut :

  • Dalam pengiraan ROE, kita perlu tetapkan tempoh dahulu. Contoh tempoh setahun. Segala maklumat kita perlu lihat dalam tempoh tersebut.
  • Pendapatan bersih = jumlah pendapatan – jumlah perbelanjaan – cukai. Info ini boleh diperoleh dalam income statement.
  • Shareholder’s equity perlu dilihat dari awal hingga hujung tempoh yang ditetapkan secara purata. Info ini boleh diperoleh dalam balance sheet.

Apa Yang ROE Beritahu ?

Bagus atau tidak peratus ROE bergantung pada tahap normal sesuatu sektor. Jika anda lihat kaunter saham berunsurkan teknologi, anda kena bandingkan dengan ROE industri teknologi juga.

Contohnya seperti gambar rajah diatas, ROE bank-bank di Malaysia mencatatkan ROE lebih rendah daripada purata sedekad yang lalu.

Peratusan ROE yang bagus hendaklah sama atau lebih tinggi sedikit daripada paras purata ROE.

ROE Digunakan Untuk Menjangka Kadar Pertumbuhan (Growth Rates)

Menggunakan ROE adalah satu permulaan yang bagus untuk menjangka kadar pertumbuhan syarikat serta kadar peningkatan dividen syarikat tersebut.

Formulanya adalah seperti berikut :

growth-rate

Retention ratio adalah nisbah keuntungan yang digunakan untuk dilaburkan semula sebagai dana untuk kembangkan lagi syarikat pada masa akan datang.

Jadi, lihat pada peratusan ROE sahaja tidak cukup. Kena bandingkan juga growth rate. Kita ambil contoh Syarikat A dan Syarikat B, kedua-duanya mempunyai ROE sebanyak 15%. Tetapi retention ratio Syarikat A adalah sebanyak 70% manakala Syarikat B pula 90%.

Menggunakan formula Growth Rate, Syarikat A memperoleh kadar pertumbuhan sebanyak 10.5%, manakala Syarikat B pula adalah sebanyak 13.5%.

Menggunakan BursaMKTPLC pun dah boleh dapatkan nilai Growth Rates. Tak perlu guna formula.

Seterusnya kita perlu bandingkan Growth Rate dengan Sustainable Growth Rate. Kadar pertumbuhan yang lebih perlahan berbanding Sustainable Growth Rate dikira sebagai undervalue.

Berikut adalah formula Sustainable Growth Rate :

Dividend Payout Ratio juga boleh didapati dalam BursaMKTPLC

Tapi anda perlu berhati-hati jika nilai ROE terlalu tinggi. Peratusan ROE yang tinggi tidak semestinya menandakan nilai syarikat tersebut bagus.

Fahami formula asas ROE. Jika ROE tinggi seiring dengan pendapatan bersih (net income) yang tinggi juga, itu boleh diterima. Tapi, jika ROE tinggi disebabkan ekuiti pegangan saham yang sikit, itu agak berisiko.

Walaubagaimanapun, ada banyak lagi indikator yang lain untuk menilai sesuatu nilai syarikat itu bagus atau tidak. Nantikan artikel seterusnya.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker