Umum

Rekahan Harapan Yang Tidak Berpakat

Semasa Barisan Nasional menguasai Parlimen Negara, kerajaan yang dibentuk mempunyai tiga parti utama: Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Kongres India Se-Malaysia (MIC). Ketiga-tiga parti dominan ini pula mengikuti arus haluan kanan dengan perkongsian ideologi iaitu konservatisme sosial. UMNO yang menguasai sejarah politik negara pula melahirkan beberapa anak parti seperti Parti Islam Se-Malaysia (1951) misalnya. Namun perpisahan PAS begitu lama ibaratkan senang kata tiada titik pertemuan sekarang.

Dalam konteks politik moden sekarang, dua anak parti UMNO iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sendiri mempunyai dua ideologi berlainan. Kedudukan tengah (PKR) apabila bertemu dengan haluan kanan (PPBM) kena pula dalam gaulan bersama Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (PAN), sememangnya resepi kerajaan baharu ini menunggu masa untuk bertembungan.

Percaturan Dr Mahathir pula digemburkan telah mencetuskan perbalahan dalam kalangan kuasa tertinggi PKR. Berkali-kali Anwar Ibrahim dan Azmin Ali dipetik sedang bergaduh (Arfa, 2019). Salah seorang daripada ahli parlimen yang dikhabarkan menyokong Azmin ialah Zuraida Kamaruddin (Zakiah, 2020). Sekutu Azmin-Zuraida mungkin boleh jadi kebal andainya seorang lagi pembesar PKR menyokong mereka. Namun Saifuddin Nasution jelas sekali berpihak kepada Anwar (Fatimah, 2019).

Semasa pertembungan ini semakin panas, dengan sindir-sindiran serta khabar angin dua kongres parti, Zuraida telah memberi ucapan di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur. Dan isi ucapannya telah mendatangkan surat tunjuk sebab daripada Lembaga Disiplin Parti atas dakwaan salahlaku (Mohd Ridzuan, 2020). Dan beliau perlu hadir ke ibu pejabat parti bagi tujuan ini, yang menjangkakan kehadiran sebuah perhimpunan solidariti deminya (Malaysia Kini, 2020).

Tidak cukup dengan surat tunjuk sebab dan solidariti, Zuraida juga menerima tikaman politik yang agaknya tidak pernah dilihat dalam sejarah politik negara. Sepanjang 63 tahun merdeka, belum lagi seorang ahli politik telah dilakukan sedemikian. Kerana pada 28 January 2020, Saifuddin telah mengeluarkan surat Notis Tuntutan (LOD) atas dakwaan Zuraida yang dikatakan fitnah (Berita Harian, 2020). Bayangkanlah Ketua KPDNHEP telah menyaman Ketua KPKT. Sangat biasa apabila seorang menteri saman pembangkang – tetapi sekarang ini seorang menteri telah mengeluarkan saman terhadap seorang lagi menteri

Walaupun saman tersebut dikatakan Zuraida masih belum diterima, jelas sekali retakan ini sangatlah gila (Mohd Nasaruddin, 2020). Dakwaan yang dilemparkan pula dipercayai melibatkan “jutaan ringgit Saifuddin terima daripada PAS” (Malaysia-Today, 2020). Sekarang pula Zuraida nafi disaman; Saifuddin sahkan menyaman (Noor Atiqah, 2020).

Dan rakyat pula mempunyai dua tafsiran. Penyokong kerajaan menggaru kepala, sementara pihak pembangkang bertepuk tangan. 

Sumber: 

Arfa, Y. (2019, December 11). Azmin and Anwar in a state of war. New Straits Times. Retrieved from https://www.nst.com.my/opinion/columnists/2019/12/546760/azmin-and-anwar-state-war

Berita Harian. (2020, January 28). Zuraida terima surat saman. Berita Harian. Retrieved from https://www.bharian.com.my/berita/politik/2020/01/650573/zuraida-terima-surat-saman

Fatimah, Z. (2019, December 9). Zuraida, Azmin’s ‘readiness’ to be sacked an admission of guilt, says PKR sec-gen. The Star Online. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/12/09/zuraida-azmins-readiness-to-be-sacked-an-admission-of-guilt-says-pkr-sec-gen

Malaysia Kini. (2020, January 28). Penyokong Zuraida dijangka berhimpun di 10 lokasi seluruh negara. Malaysia Kini. Retrieved from https://www.malaysiakini.com/news/508718

Malaysia-Today. (2020, January 28). Now It Seems Saifuddin Nasution Received Bribes from PAS. Retrieved from https://www.malaysia-today.net/2020/01/28/now-it-seems-saifuddin-nasution-received-bribes-from-pas/

Mohd Nasaruddin, P. (2020, January 28). ‘Zuraida belum terima notis saman Saifuddin’. Berita Harian. Retrieved from https://www.bharian.com.my/berita/politik/2020/01/650637/zuraida-belum-terima-notis-saman-saifuddin

Mohd Ridzuan, A.H. (2020, January 19). Apa yang saya katakan adalah benar, kata Zuraida. Sinar Harian. Retrieved from https://www.sinarharian.com.my/article/66531/BERITA/Politik/Apa-yang-saya-katakan-adalah-benar-kata-Zuraida

Noor Atiqah, S. (2020, January 28). Zuraida terima surat saman. Berita Harian. Retrieved from https://www.bharian.com.my/berita/politik/2020/01/650573/zuraida-terima-surat-saman

Zakiah, K. (2020, January 22). Azmin leads group demanding all actions against Zuraida dropped. The Star Online. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/01/22/azmin-leads-group-demanding-all-actions-against-zuraida-dropped

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker