Ekonomi

Rasuah Dan Pertumbuhan Ekonomi

Sebelum saya tulis pasal benda ni, saya ingin tegaskan saya menyokong segala usaha untuk membasmi rasuah dan salah guna kuasa.

Ramai orang cakap kerana rasuah Malaysia punya kadar pertumbuhan ekonomi terbantut. Ahli politik guna ayat ni untuk pancing undi, penyokong pula angguk macam burung belatuk tetapi betul ke rasuah dan pertumbuhan ekonomi saling berkait?

Tiada satu kajian mengatakan secara mutlak rasuah boleh menyebabkan pertumbuhan ekonomi terencat. Benda ni sudah banyak kali diperdebatkan dan seperti mana segala benda didalam dunia, rasuah ada sisi baik dan buruknya. Itu ikut kata ahli akademik.

Apa maksud rasuah? Seseorang menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri, keluarga atau kawan. Tidak semestinya melibatkan duit tetapi jika dia salah guna kuasa untuk kepentingan pihak yang berkaitan dengan dia walaupon tidak melibatkan duit, dia tu individu yang korup.

Korupsi ini terbahagi kepada 3.

1) Grand Corruption

Melibatkan polisi. Individu susun atau ubah polisi untuk beri manfaat kepada diri atau kroni.

2) Bureaucratic Corruption

Tidak melibatkan polisi tapi disebabkan kelemahan sistem. Orang rasuah pihak yang berkuasa untuk mendapatkan bantuan atau pertolongan dalam melancarkan sesuatu benda atau melepaskan diri.

3) Political Corruption

Melibatkan perangai pengundian. Individu menggunakan kuasa atau duit untuk memastikan seseorang itu dapat jawatan. Jawatan itu pula boleh gunakan untuk kepentingan kepentingan diri individu tersebut. Bahasa mudah dia politik wang.

Bacaan berkaitan: Defisit Fiskal Dan Pertumbuhan KDNK

Ikut kata ahli akademik, grand corruption je ada kebarangkalian yang tinggi untuk merencatkan atau memperlahankan pertumbuhan ekonomi sebab hasil negara digunakan untuk kepentingan individu atau segelintir kecil rakyat dan hal ini susah untuk dibanteras sebab ianya sah dari sisi undang-undang. Benda ni menghalang peniagaan lain dalam sektor berkenaan untuk berkembang maju sebab polisi-polisi yang diperkenalkan merencatkan daya saing.

Satu contoh: Malaysia pada satu ketika banyak polisi-polisi diperkenalkan untuk memperkayakan segelintir kecil rakyat. Dasar penswastaan, IPP, dasar monopoli dan sebagainya. Kerajaan pada masa itu memperkenalkan polisi ini, sumber negara disalurkan ke segelintir kecil rakyat dan mereka lah yang memacu ekonomi. Peniagaan lain dalam sektor berkenaan tidak boleh muncul atau berkembang sebab polisi tidak membenarkan ianya berlaku.

Syarikat TV berlesen (Astro) mengawal pasaran dan polisi (lesen) tidak membenarkan syarikat yang sama muncul untuk memberi saingan. Bila tiada persaingan, syarikat yang ada tidak innovatif dalam mengembangkan perniagaan dan bila diberi pelindungan dari segi polisi syarikat boleh buat sesuka hati tanpa memikirkan hal-hal lain . Kita boleh tengok benda yang sama dalam hal IPP, Proton dan banyak lagi contoh lain.

Untuk isu ini diselesaikan, rakyat perlu cakna dalam hal-hal berkaitan polisi dan memaksa wakil mereka menyuarakan isu ini agar korupsi semacam ini dapat dielakkan. Polisi-polisi yang menguntungkan segelintir individu haruslah dielakkan dan kepentingan umum harus difikirkan bila polisi hendak digubal.

Nantikan sambungannya.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker