Isu SemasaPolitik

Punca krisis kewangan 1997/1998 disebabkan kroni dan dasar penswastaan yang berat sebelah

Kita imbas semula kegagalan salah satu projek dalam dasar penswastaan.

Kerajaan ingin membina LRT untuk melancarkan Sukan Komanwel 1998 di Malaysia. Tapi, kerajaan tidak mahu tanggung kos pembinaan dan menyerahkan pihak swasta untuk membina projek ini.

Kerajaan ingin melaksanakan dua laluan LRT yang dibina oleh Sistem Transit Aliran Ringan Sdn Bhd (STAR-LRT) dan Projek Usahasama Transit Ringan Automatik Sdn Bhd (PUTRA-LRT) dengan tempoh konsesi selama 60 tahun.

Kedua-dua syarikat ini dimiliki 100% oleh Renong Berhad. Salah satu kroni yang terkenal.

Selepas LRT siap dibina, LRT mengalami masalah kurang penumpang. Disebabkan kurang penumpang, LRT tidak dapat membiayai operasi dan kewangannya. Dalam masa yang sama, kadar inflasi juga meningkat daripada 8% hingga 40%.

Disebabkan inflasi meningkat dan kurang penumpang. PUTRA-LRT dan STAR-LRT tidak mampu membayar loan yang dibuat. Akhirnya mereka meminta Bank Negara Malaysia untuk menstruktur hutang mereka.

Masa ini, kerajaan dengan ‘baik hati’ datang membantu. Kerajaan tubuh Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) dan menerbitkan bon sebanyak RM 5.5 billion untuk menstruktur hutang PUTRA-LRT dan STAR-LRT.

Waktu itu, Prasarana memberi masa 14 hari kepada PUTRA-LRT dan STAR-LRT untuk membayar loannya dalam masa yang diberikan. Akhirnya, mereka gagal membayar loan dan loan tersebut diisytigharkan ‘default’. Maka, LRT diambil alih oleh Prasarana pada September 2002.

RM 5.5 billion adalah nilai ‘kebaikan’ yang kerajaan bagi untuk menyelamatkan kroni.

Apa yang kerajaan pada waktu krisis kewangan 1997/1998 buat dulu adalah sama seperti sekarang. Negara jual aset lebih kurang RM 34 billion dan tak lupa juga kepada kroni ini ada membida PLUS lebih kurang RM 5.2 billion

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

Close
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker