Politik

PRK Tg. Piai : Dilema Antara Emosi dan Strategi Politik

PRK Tg.Piai ni bendanya simple saja bagi saya.

Cuma ada beberapa sudut yang saya nak timbulkan yakni demografi, perkiraan lain dan keadaan semasa serta emosi yang mungkin kita boleh sama-sama renungkan.

1. Demografi

Kalau kita ambil demografi mudah pengundi Tg.Piai ianya adalah seperti berikut,

57% – Melayu
41% – Cina
1% – India

Kalau ditukarkan kepada angka pula,

Keseluruhan: 53,528
Melayu : 30,511
Cina : 21,946
India : 535
Lain-lain : 535

Jumlah turun mengundi pula jika dibandingkan dengan
Keseluruhan PRU-14,

Turun mengundi: 44,948
% Turun mengundi PRU-14 Tg.Piai: 83.9%
% Turun mengundi PRU-14: 82.3%

Katakanlah kita guna peratusan pengundian berdasarkan kaum tempoh hari:

Cina: 95% – PH, 5% – BN
Melayu: 40% – BN, 33% – PAS‌, 27% – PH
India – 70% – PH, 30% – BN
lain-lain – tak ada data

Ok translate into probability number yang turun mengundi PH dan % undian berdasarkan kaum maka kita akan dapati

Cina 95% – 17, 507
Melayu 27% – 6,917
India – 70% – 374

+- 24,798 undi, cuma ralat 3,000 undi daripada 21,255 undi yang diperolehi PH pada PRU 14.

Jadi tidak keterlaluan untuk saya katakan yang kemungkinan besar 20,731 undi yang diterima oleh Wee Jeck Seng pada PRU-14 yang lepas sememangnya majoriti adalah dari orang Melayu.

Lagipun sudah 2 penggal calon tersebut menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut. Menandakan penerimaan mereka kepada calon tempatan ini.

Maka mungkin sebab ini UMNO-PAS decide untuk teruskan dengan calon yang sama. Mungkin.

2. Perkiraan lain

UMNO-PAS juga kena guna calon MCA Atau mungkin ayat yang lebih berlapik ‘terpaksa’ guna calon dari MCA sebab,

  • Memang Tg.Piai ni kerusi tradisi MCA, jadi kalau rampas bagi kat UMNO, nanti MCA masam muka, silap² Muafakat Nasional terjejas.
  • Gambaran kepada masyarakat bukan Melayu yang Muafakat Nasional bukanlah gerakan Melayu Islam sahaja dan meninggalkan kaum-kaum lain.
  • Isyarat ‘middle finger’ kepada PH terutamanya DAP dan khususnya LGE yang Muafakat Nasional ni rasis, far-right, Taliban, tinggalkan orang bukan Melayu dan sebagainya.

Jadi dari sudut politiknya, memang tepatlah letak calon MCA, cukup syarat berbanding kalau letak calon Melayu, secara politiknya, omputeh kata penny wise, Pound foolish lah sebab sudah pasti akan timbul lah cakap² belakang seperti,

  • MCA kena buli dengan UMNO-PAS
  • Muafakat Nasional hanya untuk orang Melayu Islam
  • Muafakat Nasional perkauman yada yada yada.
  • Parti Komponen bukan Melayu Islam better blah dark Muafakat Nasional.

Jadi mungkinlah ini perkiraan pucuk pimpinan UMNOPAS dalam membuat keputusan di Tg.Piai ini.

Mungkin sekali lagi.

3. Keadaan semasa dan emosi (Psyche) orang Melayu kini

Walaupun dari sudut politiknya langkah mencalonkan MCA ini adalah Penny wise, Pound foolish, tetapi UMNOPAS tak boleh lupa juga dengan keadaan emosi yakni Psyche orang Melayu dikala ini.

Dengan momentum BMF, dan isu-isu yang dilihat meresahkan orang Melayu seperti isu Jawi, isu komik dan sebagainya, malah dikhabarkan juga, on the ground, memang lama orang UMNO di Tg.Piai cuba mencabar status quo MCA sebagai pemunya kerusi di sana.

Maka jangan terkejut pula jika kemungkinan akan berlaku ‘vote swing’ Melayu di Tg.Piai. Malah terbaru, Kempen VMF, Vote Muslim First juga dilihat giat sedang dijalankan di media sosial.

Cantik sangatlah, kalau dilihat dari sudut calon PH yang merupakan seorang imam dan background calon MCA yang merupakan penentang tegar dan pernah secara terbuka membantah perlaksanaan hukum Islam di Malaysia.

Menariknya bila ada yang marah-marah dengan kempen VMF ni sampai kata ianya perkauman, agen PH dan sebagainya, walhal dia jugak yang sebelum ni sembang Cina itu, Cina ini. Lol.

Tapi bagi saya ini negara demokrasi, ikut pilihan masing-masinglah nak pergi mana halatuju pendirian politiknya.

Malah PAS sendiri pada Januari lalu ketika PRK Cameron turut mengeluarkan nada yang serupa menyarankan untuk memilih calon Muslim daripada Non Muslim.

Bukankah itu VMF juga?

Jadi kenapa harini ada dikalangan penyokong pembangkang nak marah pula kepada penggerak dan penyokong VMF ini?

Kenapa double standard?

Paling tak boleh belah guna tiket agama lah ulama lah untuk membenarkan tindakan tersebut.

Come on lah dah 2019 kot.

Akhir kata, menarik untuk diperhatikan drama serta rencam politik dan kesudahan PRK Tg.Piai ini, apapun yang berlaku selepas ini, sama ada MCA melalui Muafakat Nasional menang atau tidak, orang Melayu diperingkat nasional sebenarnya tak perlu ambil pusing pun, sebab tak ada beza pun apa pun outcomenya, Johor masih PH, Malaysia masih PH.

Berbeza dengan masyarakat Cina yang mana it’s a turning point untuk mereka kembali ke BN, atau mereka nak stick dengan PH yang mana memberikan sebuah signal kepada Muafakat Nasional dan UMNOPAS untuk fokus dalam konteks ‘Melayu dan Bumiputera’ atau ‘Malaysia dan Semua’ di hari kehadapan.

“The ball is in your court.”

Sekian nukilan.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker