Isu SemasaKewangan

Prestasi TH Suku Pertama

Tabung Haji (TH) telah mengumumkan prestasi mereka bagi suku pertama 2019 sebentar tadi.

1. Untung bersih untuk Q1, 2019 adalah RM440 juta berbanding pendapatan RM623 juta.

2. Manakala jumlah aset berbanding liabiliti yakni aset bersih (net asset) telah meningkat kepada RM1.205 Bilion.

Peningkatan ini adalah hasil daripada kualiti aset yang meningkat selepas proses rosot nilai dan juga peningkatan daripada portfolio pelaburan TH.

3. Nilai jangkaan pulangan dari aset-aset RM19.9 bilion yang akan dipindahkan ke SPV adalah hampir RM800 juta setahun.

4. Selain itu dilaporkan juga bahawa 91,000 akaun baru telah dibuka. Manakala sebanyak RM4.6 bilion telah dikeluarkan oleh pendeposit berbanding RM4.3 bilion deposit baru diterima memberikan aliran bersih (net outfow) pada -RM300 juta.

5. Ada beberapa perkara yang menarik untuk difikirkan daripada angka-angka di atas,

i. Net outflow,

Net outflow pada Q1, 2019 di mana nilai pengeluaran telah melebihi deposit baru sebanyak RM300 juta.

Harus diingat, angka -RM300 juta ini adalah SEBELUM hibah 1.25% diumumkan pada April.

Agak-agaknya berapalah deposit bersih TH selepas pengumuman pada bulan April itu nanti, lebih atau kurang?

Sama-samalah kita tunggu laporan suku kedua nanti.
.

ii. Dividen,

Untung bersih untuk Q1 hanya RM440 juta.

Kalau kita kali 4 guna angka purata maka dapatlah untung RM1.76 bilion.

Kita tidak boleh menjangkakan lebih sangat, sebabnya TH sendiri kata mereka mahu fokus kepada pelaburan berisiko rendah dan kita kena ingat saham-saham TH telah dipindahkan ke SPV dan TH hanya akan memperolehi pendapatan tetap RM800 juta.

Kalau kita guna model kiraan 2018, RM913 juta dari RM1 Bilion keuntungan TH diagihkan untuk membayar Hibah 1.25%.,

Maka kalau kita guna angka RM1.76 bilion untuk tahun 2019, +- 2.40%.

Tepuk dada tanya selera, 2-3% ini berbaloi atau tidak simpan di TH?

iii. Aset bersih

2018:
Aset: RM76.5 Billion
Aset Bersih: RM1 Bilion
Bagi Hibah: RM913 juta
Aset bersih akhir : RM87-90 juta

2019 Q1:
Aset bersih: RM1.2 Billion
Deposit bersih: -RM300 juta

Macam mana aset bersih boleh naik sehingga RM1.205 Billion daripada baki kurangRM90 juta walhal untung hanyalah RM440 juta?

Katalah untung itu betul, sepatutnya aset bersih itu cuma tambah lebihan RM440 juta lah kan?

Mana datang lebihan RM805 juta ni? Sukuk pun belum terbit lagikan pada Q1?

Adakah kerana,

– Saham-saham dan aset-aset yang tidak dipindahmilik lagi dan dituduh selama ini sebagai punca kerugian Tabung Haji sedang memulih selepas kerajaan umumkan untuk meneruskan projek-projek mega lama?

– Semakan semula RAV?Proforma? tidak mungkin la.

– Rosot nilai untuk Q1 tidak dimasukkan sekali?

6. Mungkin pengurusan TH boleh keluarkan laporan penuh berbanding ‘cherrypicking‘ angka macam ini, kata nak jadi lebih teluskan? 🙂

Sumber
KEDUDUKAN KEWANGAN LEMBAGA TABUNG HAJI SEMAKIN KUKUH PADA SUKU PERTAMA 2019Tabung Haji 1Q net profit at RM440m after successful restructuring
Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker