Ad
Umum

Politik Kotor Kembali Dalam Era Mahathir

Kurangnya pelan pengalihan kuasa menimbulkan tanda tanya akan niat sebenar Perdana Menteri.

Perebutan kuasa, skandal seks dan progress perlahan dalam pembaharuan ekonomi: Walaupun Malaysia berkerajaan baharu, tak banyak yang berubah.

Kurang daripada setahun selepas Tun Mahathir mengemudi pengalihan kuasa buat pertama kalinya sejak enam dekad yang lalu, sebahagian masalah lama yang pernah menghantui Malaysia kini muncul kembali. Dan ditengahnya pula terdapat persoalan bilakah Tun Mahathir akan menyerahkan takhta kepada figura yang pernah menjadi seteru politik beliau, Anwar Ibrahim yang memimpin parti terbesar dalam pakatan pemerintah.

Ad

“Masanya tidak spesifik (lagi),” Kata Mahathir di Bloomberg ASEAN Business Summit, Bangkok pada Hari Jumaat apabila ditanya berkenan garis masa penyerahan kuasa. “Saya membuat janji walaupun sedar hubungan kami adalah tidak terlalu baik, ” beliau menambah dalam sesi temuramah tersebut dengan Pengacara Bloomberg, Haslinda Amin. “Tetapi saya telah membuat janji dan akan berpegang kepada janji saya”.

Tahun lepas, dua pemimpin tersebut mengetepikan perbalahan mereka demi menyingkirkan mantan Perdana Menteri Najib Razak yang berdepan dengan tuduhan rasuah berjantan dengan 1MDB. Tetapi ketidakpastian mula tiba dengan Mahathir masih berpegang kepada kuasa, mengalihkan perhatian gabungan itu daripada membanteras rasuah yang berleluasa, dasar tindakan afirmatif yang berusia berdekad lamanya dan ekonomi yang lembap.

Dan kekecohan berterusan apabila negara dikejutkan dengan penyebaran video lucah daripada akaun Whatsapp yang tidak dikenalpasti yang kononnya melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali, timbalan Anwar di PKR yang juga dilihat sebagai pesaing dalam perebutan kerusi Perdana Menteri. PKR mempunyai 2 puak, kem Azmin dan Kem Anwar, yang selalu bersengketa menurut pegawai berpangkat dalam gabungan itu (identiti diminta untuk dirahsiakan).

Azmin telah menafikan tuduhan itu dan bekerjasama dalam siasatan polis bagi mencari dalang skandal terbabit. Mahathir menyifatkan video tersebut sebagaii politik kotor, memberitahu wartawan “kalau kamu tidak boleh bertanding dengan seseorang, jangan lakukan perkara sedemikian.”

“Secara amnya, plot politik di Malaysia adalah menghampiri Games Of Thrones dan ini telah beterusan semenjak 20, 30 tahun lalu,” kata Nik Nazmi Nik Abdullah, Ahli Parlimen senior yang menyokong Anwar.”Kebimbangan akan berlaku apabila perkara ini bermula secara tiba-tiba dan merebak menjadi besar”

Wakil bagi pihak Anwar dan Azmin cuba dihubungi untuk memberikan komen tetapi tiada jawapan diberikan.

Bagi Malaysia, ini merupakan memori imbas kembali di mana Anwar berkhidmat sebagai Timbalan Mahathir dan dianggap sebagai pengganti beliau. Tetapi Mahathir memecat Anwar pada tahun 1998 dan Anwar menghabiskan 6 tahun di penjara setelah disabitkan kesalahan penyalahgunaan kuasa dan liwat. Anwar kembali ke penjara pada tahun 2015 untuk tuduhan liwat berikutnya dan mendapat pengampunan selepas pilihanraya umum tahun lepas.

Azmin juga sama dituduh terlibat dalam video yang menggambarkan beliau dengan seks luar tabii sesama jantina, dan jika itu benar maka beliau telah melanggar undang-undang Malaysia.

“Saya pasti ini adalah agenda politik dilakukan oleh pihak tertentu untuk menghalang progress saya dalam kerajaan dan politik,” Azmin memberitahu para wartawan pada hari Selasa.

Walaupun wakil parti termasuklah Anwar telah berterusan memberikan sokongan kepada Anwar secara umum, persengketaan dalaman mula menonjolkan diri. Baru-baru ini, Mahathir melantik Latheefa Beebi Koya, pengkritik Anwar tegar, untuk memimpin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Walaupun beliau merupakan wanita pertama dilantik sebagai KP SPRM, pencapaian itu dibayangi cengang kritikan terhadap Mahathir kerana melangkaui jawatan kuasa parlimen untuk melantik beliau. Dengan beberapa komponen pemerintah meminta peletakan jawatan beliau, Anwar kemudian mengisukan sokongan pelantikan tersebut bagi mengurangkan ketegangan.

Mahathir, yang akan mencecah 94 pada Julai ini, pada Jumaat lalu telah berkata beliau telah “memandang rendah” cabaran dalam mentadbir urus negara sebelum kemenangan PRU. Beliau mahu terus memerintah untuk menyelesaikan masalah hutang yang besar tetapi tidak komited untuk penambahbaikan polisi perkauman yang memberi keutamaan kepada Kaum Melayu dan Bumiputera.

Dalam ucapan sempena ulang tahun pertama pemerintahan Pakatan Harapan pada 9 Mei 2019, Mahathir berkata beliau mungkin akan kekal memerintah.

Pakatan pemerintah “terlalu bermain politik daripada mereformasikan institusi, ” kata Awang Azlan Awang Pawi daripada Universiti Malaya. Beliau menambah yang Mahathir tidak banyak berubah daripada era pemerintahan beliau yang lalu daripada 1981 hingga 2003 dimana beliau telah dikritik kerana mengawal media dan pesaing politik.

“A leopard never changes its spots,” kata Awang. “Begitu juga dengan Mahathir kerana beliau adalah sama dengan Mahathir yang dulu dan tidak pernah berubah. Hanya dengan tanpa kuasa barulah beliau nampak merendah diri dalam perjalanan politik beliau”.

Mahathir nampaknya tidak kelihatan tergesa-gesa untuk kemana-mana.

Apabila ditanya pada Jumaat lalu tentang kekesalan terbesar beliau, tanpa ragu-ragu beliau berkata, “Meletak Jawatan”.


Penulis asal Philip Heijmans dan Anisah Shukry

Terjemahan oleh Yahya Imran

Sumber: Bloomberg

M2C

Menyajikan artikel dan ulasan terkini isu-isu kewangan, perbankan, perniagaan, polisi dan teknologi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Back to top button