Isu Semasa

PETRONAS Bhd Membayar Dividen RM 12 Bilion Kepada Kerajaan Bagi Suku Pertama 2019

Pada November tahun lepas, Menteri Kewangan Malaysia, YB Lim Guan Eng telah membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat. Beliau menuduh parti pemerintah terdahulu telah merompak hasil tuntutan GST sebanyak RM 19.4 billion.

Dalam Belanjawan 2019, kerajaan telah mengambil jalan mudah untuk membayar semula hasil tuntutan GST dengan meminta PETRONAS membayar dividen sebanyak RM 54 billion.

Untuk suku pertama tahun 2019, PETRONAS telah membayar RM 12 billion kepada kerajaan Malaysia. Boleh lihat dalam gambar rajah di bawah (Penyata Aliran Tunai). Sambil itu, Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah memberitahu bahawa hasil tuntutan GST tidak dirompak seperti yang dituduh oleh Menteri Kewangan sebelum ini. Sebaliknya, hasil itu masih belum diluluskan untuk dikembalikan kepada para peniaga.

Hanya RM 1.45 billion daripada RM 19.4 billion hasil tuntutan GST yang telah diluluskan tapi belum dibayar kepada para peniaga. Selebihnya masih dalam audit dan semakan sebelum dibayar semula kepada para peniaga.

Jumlah dividen yang telah diberikan oleh PETRONAS sebanyak RM 12,000 billion sudah cukup untuk membayar tuntutan GST yang telah diluluskan sebanyak RM 1.45 billion. Sambil itu, PETRONAS masih belum membayar dividen sebanyak RM 18 billion kepada kerajaan Malaysia (boleh lihat dalam penyata imbangan di bawah).

Justeru, persoalan yang rakyat Malaysia patut ketengahkan. “Adakah dividen PETRONAS yang diberikan kepada Kerajaan Malaysia untuk membayar hasil tuntutan GST digunakan dengan betul?”.

Sumber
PETRONAS Bhd. (2019). PETRONAS Group Interim Financial Report for First Quarter 2019.
Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker