Global

Pertumbuhan Ekonomi Q2 China Paling Perlahan Dalam 27 Tahun

Ekonomi suku kedua (Q2) China berkembang pada kadar paling lemah dalam tempoh sekurang-kurangnya 27 tahun.

Ia berikutan permintaan domestik dan luar negara yang semakin lembap susulan perang perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS).

Ekonomi negara itu berkembang 6.2 peratus pada suku dikaji berbanding suku sama tahun sebelumnya, lebih perlahan berbanding 6.4 peratus pada suku pertama, demikian menurut Biro Perangkaan Kebangsaan hari ini.

Penganalisis yang ditinjau Reuters menjangkakan ekonomi negara itu telah berkembang 6.2 peratus, yang bakal menjadi kadar paling perlahan sejak suku pertama 1992, data suku tahunan terawal yang direkodkan. – Reuters

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker